The world is my playground

-



Aku Rindu

Result dah keluar. Tak mencapai target. Sekali lagi terlepas peluang untuk bawa pulang sijil.

Sedih-sakit hati-kecewa, diadun mesra seperit rasa.

Tapi masih syukur semuanya berada pada paras normal.

Aku rindu,
Aku rindu perasaannya peroleh result yang mampu buat ayah mama senyum.

Aku rindu,
Aku rindu cerianya senyum kala screen memancar result tanpa dusta.

Aku mahu,
Mahu kembali capai apa yang pernah aku capai.

Aku cuba. Aku cuba.
Cuba untuk terus kembali pada harfiah biasa.

Usaha
Jaga batas pergaulan dan aurat
Doa
Tawakal dan redha

Tuhan ada. Dan aku tahu Dia sentiasa dengar doa aku.

Takpelah, tenang saja. Aku rancang, aku mungkin lupa yang Tuhan juga merencana.
Dan rencana Dia lebih lagi bermanfaat, aku yakin.



Moga Tuhan mudahkah jalan dan usaha untuk menuju kejayaan.

Di dunia dan akhirat.

Aku juga masih mencuba

"Apa rasa jadi budak pandai? Sedekahlah sikit kepandaian kau tu kat aku. Nak jugak merasa jadi pandai.."

Aku diajukan soalan sedemikian rupa.

Terkedu. Kaku. Terdiam.

Apa punya soalan ni?

Jujur, aku tak pernah fikir diri ni macam tu. Sesungguhnya aku juga masih mencuba.

Aku pun selalu tanya diri sendiri, "macam mana perasaan jadi pandai macam orang lain?"

Sebabnya makin hari, makin kita belajar, makin kita tahu yang kita sebenarnya tak pandai. Banyak ilmu yang kita tak tahu. Dan atas sebab itu juga, aku tak pernah fikir aku macam tu dan macam ni.

Ketahuilah bahawa kita sama. Yang membezakan kita cumalah daya usaha. Usaha dan doa. Redha dan berkat Allah tu penting. 

Usahalah sepanjang hari pun tapi kalau Allah kata bukan sekarang masa untuk kau rasa nikmatnya berjaya, maka kejayaan bukan milikmu buat masa kini.

Jangan putus asa. Nak cemerlang perlukan masa, pengorbanan, usaha, dan doa berpanjangan.

Aku sendiri masih belum dapat menjiwai perasaan "cemerlang" tu. Tapi aku takkan pernah berhenti mencuba.

Kau pun, jangan cepat give up. Jangan merungut, ikhlaskan hati buat semua benda. Lillahitaala. Ya?

Percayalah, apa yang Allah rencanakan untuk kita mesti lebih baik daripada apa yang kita nak.

Final exam dah dekat, moga Tuhan beri kelancaran untuk kita semua capai kejayaan dalam ilmu dunia.

Sama-sama usaha, sama-sama cemerlang, sama-sama berjaya. InsyaAllah.



Bittaufiq Wannajah!

Selamat menuju kejayaan. Salam.

Masih punya perasaan

Asssalamualaikum, salam sejahtera.

Menulis, minat aku, cuma aku tak punya kelapangan masa juga idea untuk bercerita.  Aku tempuh hari demi hari; mengutip pengalaman hidup, menjahit cerita hitam putih sisi hidup seorang manusia yang masih punya nyawa juga perasaan serta deria. Syukur.

18 Julai 2012, dengan izin Allah, abang dan kakak ipar aku dapat baby lelaki, nama dia Qaid Qaiser Bin Ali Reza. Alhamdulillah, aku gembira untuk mereka. My very first nephew. Ini gambar :


Qaid Qaiser baru lahir


Baby ni sekarang dah berusia 3 bulan. Membesar dan terus membesar sampai jadi overweight, doktor cakap. Suka. Manja dengan datuk dia, tengah menangis-nangis tengok datuk secara tak langsung terus tangisan berubah jadi senyuman. Wah ajaib.

Aku suka bayi tapi aku kurang gemar dengan kanak-kanak. Masalah.

Dah tu je, Qaid terus membesar dan uncle dia ni pun terus membesar jugak. Daripada muscle sikit sekarang dah boleh rasa keras muscle di lengan sebab selalu dukung Qaid. Ah 2 in 1, sambil babysitting sambil workout. Macam tu lah.

Semester break ni, masa untuk membina badan agar berotot sikit tak ada lah kering je kan. Doakan aku. Ah-ha! Okay, pelajar diploma UiTM, keputusan peperiksaan akhir bakal diumumkan hari Jumaat, 09 November 2012. Semoga kejayaan milik kita semua insyaAllah.


Sekian, semoga sejahtera ke atas kamu.







Aku cuma memerhati.

Variasi informasi terus aku teroka. Aku teliti satu demi satu. Yang sini pun aku perhati, yang sana pun aku perhati. Dua-dua. Sekata. Tak berdiskriminasi. Internet, tv, surat khabar. Macam-macam. Medium yang aku rasa paling adil adalah internet. Sebab dekat internet, cerita daripada dua-dua pihak aku dapat baca. Aku dapat tonton. Aku dapat teroka.

Eh, aku bercakap perihal apa? Perihal tanah air. Perihal pentadbiran. Ya.

Setia aku pada Buletin Utama TV3 tak pernah luntur. Terus aku tonton, setiap hari. Perihal politik hangat diperkata. Aku suka. Terus aku pasang telinga. Terus aku buka mata, buka minda. Lihatlah dunia! Macam tu. Tapi ketidak-adilan berlaku. Dalam TV tunjuk mengenai yang sini, apa pula kata di sana? Berbalah tak henti. Yang sini perlekeh yang sana, yang sana pun balas. Apa semua ni?

Tak terhenti di situ, aku geledah ruang alam maya. Gelombang internet. Demi kebenaran yang hakiki. Aku cari. Aku punya dua orang sepupu. Yang seorang lelaki, yang seorang perempuan. Sebaya. 22 tahun umur mereka. Yang seorang sokong sini, yang seorang berpihak kepada yang sana. Mereka berdebat mengenai politik di Facebook. Aku baca. Maklumat yang cuba disampaikan aku cerna sebaik mungkin. Hebat. Persis ahli politik sebenar. Dari situ aku dapat keadilan, aku dapat tengok yang mana baik mana buruk.

Walah!

Seronok sebenarnya kalau diperhati kisah politik. Tektik kotor pihak tertentu, perlekeh, kutuk mengutuk, fitnah, aibkan orang. Angkara siapa? Angkara bangsa sendiri. Ingin dilihatnya bangsanya tersungkur. "Haram jadah mereka tu", katanya. Apa tu? Anda nilai. Dari mulut siapa ayat tu, kau tahu kan? Haram jadah kau ni kalau kau tak tahu siapa yang cakap tu. Hehe.

Aku masih bawah umur, belum punya hak untuk berpolitik. Tapi aku punya hak untuk mengambil tahu perihal pentadbiran negara. Kenapa? Kerana 2 tahun lagi aku sudah layak untuk membuang undi. Jadi aku perlukan pengetahuan yang mendalam untuk itu.

Satu perkara yang aku perhati,
Aku nilai manusia daripada 2 perspektif, yang pertama daripada segi tutur katanya. Dan yang kedua daripada segi peribadi, identiti, sifat yang terukir dalam jiwa seseorang itu.

Peribadi yang mulia pasti akan melahirkan tutur kata yang sopan. "Haram jadah" itu sopan? Anda fikir. Itu apa yang terpancar daripada mulut seseorang yang aku sendiri hormati. Tapi apa semua ni?

Akhir kalam, aku biarkan Tuhan jadi Jurinya. Kerana aku cuma memerhati, tak berhak untuk menghakimi.

Maaf.


Cuba

Sabtu, 05.05.12 : PWTC : Book Fair.

Pergi naik train. Seorang diri. Nasib baik tak sesat. Jumpa kawan-kawan dekat sana. Ramainya orang. Artis pun ada. Peduli apa aku dia artis ke apa sama je orang biasa juga. Penat berjalan. Nak balik. Sebelum balik, nak berpisah dengan kawan-kawan. Masa bejabat tangan, kawan aku seorang yang si budak pandai tu ada bisik sesuatu dekat telinga aku. Eh memanglah bisik dekat telinga takkan dekat mata? -.-


"Cuba buat sesuatu yang orang lain tak boleh kalahkan. Good luck! Jumpa lagi!"



Ayat yang mendalam tapi aku faham.
InsyaAllah, aku cuba buat.
Terima kasih. 
Kau juga. Terus usaha. Terus kejar cita-cita.
Semoga berjaya dunia wal akhirah.



Apa kata kau cuba? :)

"Alah, Accountancy senang. Bolehlah..."

Lontaran suaranya perlahan. Sayup-sayup dari dalam telefon, tapi dengan nada yang agak tak berpuas hati. Aku cuma mampu balas ayat tu dengan:

"Ha'ah. Kalau kita ada usaha, benda susah pun boleh jadi senang kan."

Makna disebalik ayat yang dia katakan tu, aku faham. Sangat mengerti. Sedia maklum, semalam dapat result. Dia call aku tanya macam mana, aku jawab. Lantas, itu yang aku dapat lepas aku jawab soalan dia. "Accountancy senang. Bolehlah.."

Memang, memang Accountancy ni senang sampaikan budak tak pandai macam aku pun boleh score. Kan? Itu maksud kau? Yeah, terima kasih banyak kawan. Your 'inspiring words' were much appreciated by me. Tapi kau tahu tak yang aku usaha separuh mati untuk itu? Sampaikan aku demam panas selama 4 hari lepas final exam. Apa yang aku usahakan, dengan izin Allah, aku dapat. Alhamdulillah.

Kau kata Accountancy senang, kau pernah buat ke? Tak, kan? So, how could you jump into a conclusion that Accountancy is easy? Tak ada benda yang senang pun dalam hidup ni, tapi benda susah boleh jadi senang kalau kita usaha terus menerus diiringi doa yang tak putus-putus. Betul?

I don't mean to sound 'berlagak' ke apa, tapi bila kau kata Accountancy senang, apa kata kau cuba? Tengok mampu tak capai apa yang aku capai :)

Semoga berjaya! :)



I, was shocked.

Assalamulaikum. Salam Jumaat.

27 April 2012

I checked my result via email at 5.24 am, this morning. Alhamdulillah, my result was just fine. Mencapai target. Nikmat kejayaan Allah bagi, syukur, aku berjaya lagi. Buat kali kedua. Allah, aku happy walaupun GPA dropped by 0.2.

Second semester aku leka, banyak tidur. Allah nak ingatkan supaya jangan leka, Dia bagi aku macam ni. Syukur, I consider this as a 'wake-up-call' for me to work harder to achieve higher, in the future. InsyaAllah akan cuba buat lebih baik untuk third semester nanti. Aku duduk rumah sewa next semester. Lagilah kena tekun. InsyaAllah, I will.

Alhamdulillah, aku berjaya mencapai target untuk second semester! Juga, tahniah kepada semua warga UiTM! :)






"Kalau rasa diri tak bersyukur, pandanglah yang di bawah. Kalau rasa diri bongkak, pandanglah yang di atas.."