The world is my playground

-



Aku juga masih mencuba

"Apa rasa jadi budak pandai? Sedekahlah sikit kepandaian kau tu kat aku. Nak jugak merasa jadi pandai.."

Aku diajukan soalan sedemikian rupa.

Terkedu. Kaku. Terdiam.

Apa punya soalan ni?

Jujur, aku tak pernah fikir diri ni macam tu. Sesungguhnya aku juga masih mencuba.

Aku pun selalu tanya diri sendiri, "macam mana perasaan jadi pandai macam orang lain?"

Sebabnya makin hari, makin kita belajar, makin kita tahu yang kita sebenarnya tak pandai. Banyak ilmu yang kita tak tahu. Dan atas sebab itu juga, aku tak pernah fikir aku macam tu dan macam ni.

Ketahuilah bahawa kita sama. Yang membezakan kita cumalah daya usaha. Usaha dan doa. Redha dan berkat Allah tu penting. 

Usahalah sepanjang hari pun tapi kalau Allah kata bukan sekarang masa untuk kau rasa nikmatnya berjaya, maka kejayaan bukan milikmu buat masa kini.

Jangan putus asa. Nak cemerlang perlukan masa, pengorbanan, usaha, dan doa berpanjangan.

Aku sendiri masih belum dapat menjiwai perasaan "cemerlang" tu. Tapi aku takkan pernah berhenti mencuba.

Kau pun, jangan cepat give up. Jangan merungut, ikhlaskan hati buat semua benda. Lillahitaala. Ya?

Percayalah, apa yang Allah rencanakan untuk kita mesti lebih baik daripada apa yang kita nak.

Final exam dah dekat, moga Tuhan beri kelancaran untuk kita semua capai kejayaan dalam ilmu dunia.

Sama-sama usaha, sama-sama cemerlang, sama-sama berjaya. InsyaAllah.



Bittaufiq Wannajah!

Selamat menuju kejayaan. Salam.