The world is my playground

-



Masih punya perasaan

Asssalamualaikum, salam sejahtera.

Menulis, minat aku, cuma aku tak punya kelapangan masa juga idea untuk bercerita.  Aku tempuh hari demi hari; mengutip pengalaman hidup, menjahit cerita hitam putih sisi hidup seorang manusia yang masih punya nyawa juga perasaan serta deria. Syukur.

18 Julai 2012, dengan izin Allah, abang dan kakak ipar aku dapat baby lelaki, nama dia Qaid Qaiser Bin Ali Reza. Alhamdulillah, aku gembira untuk mereka. My very first nephew. Ini gambar :


Qaid Qaiser baru lahir


Baby ni sekarang dah berusia 3 bulan. Membesar dan terus membesar sampai jadi overweight, doktor cakap. Suka. Manja dengan datuk dia, tengah menangis-nangis tengok datuk secara tak langsung terus tangisan berubah jadi senyuman. Wah ajaib.

Aku suka bayi tapi aku kurang gemar dengan kanak-kanak. Masalah.

Dah tu je, Qaid terus membesar dan uncle dia ni pun terus membesar jugak. Daripada muscle sikit sekarang dah boleh rasa keras muscle di lengan sebab selalu dukung Qaid. Ah 2 in 1, sambil babysitting sambil workout. Macam tu lah.

Semester break ni, masa untuk membina badan agar berotot sikit tak ada lah kering je kan. Doakan aku. Ah-ha! Okay, pelajar diploma UiTM, keputusan peperiksaan akhir bakal diumumkan hari Jumaat, 09 November 2012. Semoga kejayaan milik kita semua insyaAllah.


Sekian, semoga sejahtera ke atas kamu.