The world is my playground

-



Aku Rindu

Result dah keluar. Tak mencapai target. Sekali lagi terlepas peluang untuk bawa pulang sijil.

Sedih-sakit hati-kecewa, diadun mesra seperit rasa.

Tapi masih syukur semuanya berada pada paras normal.

Aku rindu,
Aku rindu perasaannya peroleh result yang mampu buat ayah mama senyum.

Aku rindu,
Aku rindu cerianya senyum kala screen memancar result tanpa dusta.

Aku mahu,
Mahu kembali capai apa yang pernah aku capai.

Aku cuba. Aku cuba.
Cuba untuk terus kembali pada harfiah biasa.

Usaha
Jaga batas pergaulan dan aurat
Doa
Tawakal dan redha

Tuhan ada. Dan aku tahu Dia sentiasa dengar doa aku.

Takpelah, tenang saja. Aku rancang, aku mungkin lupa yang Tuhan juga merencana.
Dan rencana Dia lebih lagi bermanfaat, aku yakin.



Moga Tuhan mudahkah jalan dan usaha untuk menuju kejayaan.

Di dunia dan akhirat.