The world is my playground

-



Aku cuma memerhati.

Variasi informasi terus aku teroka. Aku teliti satu demi satu. Yang sini pun aku perhati, yang sana pun aku perhati. Dua-dua. Sekata. Tak berdiskriminasi. Internet, tv, surat khabar. Macam-macam. Medium yang aku rasa paling adil adalah internet. Sebab dekat internet, cerita daripada dua-dua pihak aku dapat baca. Aku dapat tonton. Aku dapat teroka.

Eh, aku bercakap perihal apa? Perihal tanah air. Perihal pentadbiran. Ya.

Setia aku pada Buletin Utama TV3 tak pernah luntur. Terus aku tonton, setiap hari. Perihal politik hangat diperkata. Aku suka. Terus aku pasang telinga. Terus aku buka mata, buka minda. Lihatlah dunia! Macam tu. Tapi ketidak-adilan berlaku. Dalam TV tunjuk mengenai yang sini, apa pula kata di sana? Berbalah tak henti. Yang sini perlekeh yang sana, yang sana pun balas. Apa semua ni?

Tak terhenti di situ, aku geledah ruang alam maya. Gelombang internet. Demi kebenaran yang hakiki. Aku cari. Aku punya dua orang sepupu. Yang seorang lelaki, yang seorang perempuan. Sebaya. 22 tahun umur mereka. Yang seorang sokong sini, yang seorang berpihak kepada yang sana. Mereka berdebat mengenai politik di Facebook. Aku baca. Maklumat yang cuba disampaikan aku cerna sebaik mungkin. Hebat. Persis ahli politik sebenar. Dari situ aku dapat keadilan, aku dapat tengok yang mana baik mana buruk.

Walah!

Seronok sebenarnya kalau diperhati kisah politik. Tektik kotor pihak tertentu, perlekeh, kutuk mengutuk, fitnah, aibkan orang. Angkara siapa? Angkara bangsa sendiri. Ingin dilihatnya bangsanya tersungkur. "Haram jadah mereka tu", katanya. Apa tu? Anda nilai. Dari mulut siapa ayat tu, kau tahu kan? Haram jadah kau ni kalau kau tak tahu siapa yang cakap tu. Hehe.

Aku masih bawah umur, belum punya hak untuk berpolitik. Tapi aku punya hak untuk mengambil tahu perihal pentadbiran negara. Kenapa? Kerana 2 tahun lagi aku sudah layak untuk membuang undi. Jadi aku perlukan pengetahuan yang mendalam untuk itu.

Satu perkara yang aku perhati,
Aku nilai manusia daripada 2 perspektif, yang pertama daripada segi tutur katanya. Dan yang kedua daripada segi peribadi, identiti, sifat yang terukir dalam jiwa seseorang itu.

Peribadi yang mulia pasti akan melahirkan tutur kata yang sopan. "Haram jadah" itu sopan? Anda fikir. Itu apa yang terpancar daripada mulut seseorang yang aku sendiri hormati. Tapi apa semua ni?

Akhir kalam, aku biarkan Tuhan jadi Jurinya. Kerana aku cuma memerhati, tak berhak untuk menghakimi.

Maaf.