The world is my playground

-



Doa Yang Dimakbulkan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, kali ni nak cakap pasal doa yang dimakbulkan. Kalau kalian ada baca entry aku yang sebelum ni, aku ada cerita pasal aku tak dapat upu kan? Kalau ada bacalah, kalau tak ada, sila baca sekarang DEKAT SINI.


Betul kata orang, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Semua orang cakap macam tu. Benar. Mungkin ini hikmah aku yang dapat daripada Yang Maha Esa akibat kekecewaan yang aku tempuhi tempoh hari. Syazana Samat selalu cakap, hidup ni ibarat roda. Kejap dekat atas, kejap dekat bawah. Favourite quote dia mungkin. Sungguh.


06 Mei 2011, kekentalan dan ketabahan jiwa aku diuji oleh-Nya. Aku kusut. Fikiran jadi tak keruan. Hilang arah. Tapi hari ini, 16 Mei 2011, Dia berikan aku kegembiraan yang luar biasa. Lain daripada apa yang aku rasa sebelum ini. Nak tahu kenapa? Sila tengok gambar di bawah :





Rayuan diterima. [klik gambar untuk view yang lebih besar]





Alhamdulillah! Pagi tadi sekitar pukul 6.34 pagi mama datang ketuk pintu bilik. Terpekik-pekik dia panggil nama aku. Bila mana aku buka sahaja pintu, dia cepat-cepat tarik tangan aku. Aku yang masih mendakap bantal ikutkan saja mama ke bilik dia. Terus dia melulu suruh aku duduk depan laptop, dalam keadaan mata yang samar-samar dan fikiran yang masih mamun/mamai, aku disuruh baca apa yang tertera di skrin laptop.


Maka yang dekat atas itulah yang aku baca :)


Ayah dah tersengih dekat belakang aku. Mama tersenyum kegembiraan. Senyuman yang jarang-jarang aku tengok. Kelihatan sungguh berpuas hati. Mama peluk dan cium pipiku. Ayah menghulur tangan untuk disalam sambil mulut mengungkapkan kata tahniah. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Perasaan masa tu tersangatlah gembira. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan. Mata terus jadi terang. Suka suka sukaaa :')


Tak sangka mama tolong check-kan pagi pagi tu. Ah, terharu! Terima kasih mama. Syukur sangat-sangat.
Ya, naluri mak selalunya betul, kan? Masa dalam perjalanan balik dari UiTM kampus Seri Iskandar, Perak sehari lepas majlis konvokesyen kakak semalam [akan aku ceritakan nanti], mama ada cakap dekat aku :


Mama : Entah kenapa hati mama terdetik kata kau dapat dekat Pahang nanti. Tengoklah. Mesti dapat Pahang punya.


BENAR!


Gerak hati seorang ibu selalunya betul. Apa yang diperkatakan semalam kini menjadi kenyataan. Aku ditempatkan di UiTM Jengka, Pahang untuk kursus Diploma Perakaunan. Perasaan bercampur baur. Gembira-Excited-Sedih-Gelisah-Risau. Gembira sebab akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Excited sebab nak jadi siswa. Sedih sebab nak tinggalkan Shah Alam dalam masa 3 hari lagi. Gelisah memikirkan bagaimana kehidupan aku di Jengka. Risau memikirkan barang keperluan yang masih belum disediakan, tapi masa hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Sempatkah?


Entahlah.



# Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan :) Korang akan sentiasa aku ingat. All the best untuk korang dekat tempat masing-masing. Semoga kejayaan jadi milik kita bersama. Teruskan usaha. Jangan lupa aku dekat ceruk Jengka, Pahang tu ya.



Okthanksbye.