The world is my playground

-



Babu

Aku dapat tahan babu hari tu. Seronok tahu? Rambang mata nak pilih roti krim pelbagai perisa ada. Tak sia-sia aku tak tidur lepas bangun pagi lambai-lambai adik nak pergi sekolah, salam mak nak pergi kerja dan tengok Malaysia Hari Ini yang pengacaranya Wardina Safiyyah & Fedtri Yahya pagi tu. Aku suka tengok diorang berdua. Hati rasa tenang tengok muka Wardina Safiyyah, fikiran rasa lapang dengar suara Fedtri Yahya. Entah kenapa. Sukaaa.


Jadi, tajuknya pun babu. Mestilah nak cerita pasal babu. Tak nak cerita pasal Malaysia Hari Ini pun. Itu sekadar review untuk permulaan cerita. Tak apa kan? Jadi sebelum aku mula syok sendiri bercakap pasal babu, aku nak tanya, kau tahu tak babu tu apa? Sebab bila mana aku sebut babu dekat kawan-kawan aku, ada sorang je yang faham babu tu apa, orangnya ialah Syed Syazrin. Yang lain nak kena sekeh kepala baru faham gamaknya.


Jadi kepada sesiapa yang tak tahu apa itu babu, sila kelip mata laju-laju lepas tu pergilah selak kamus, nescaya korang tak akan jumpa pun perkataan ni. Kalau dekat Google mungkin ada, pergilah tanya dia. Tapi aku rasa, aku bermurah hati nak terangkan apa itu babu.


Jadi, babu tu adalah orang yang jual roti-kopok-pop corn-roti krim dan macam-macam lagi dengan menaiki motorsikal. Dia selalu kelihatan di kawasan-kawasan perumahan. Pernah nampak? Yang motor penuh dengan roti keliling dia tu. Tahu? Faham? Seronok tak tengok dia pot-pot-pot [bunyi hon dia nak tarik perhatian orang untuk beli roti dekat dia]? Kadang-kadang dia bunyi nyit-nyit-nyit, kadang-kadang dia bunyi pwet-pwet-pwet. Macam-macam. Ikut suka hati si babu tu lah nak buat bunyi hon macam mana pun.


Eh! Babu ya, bukan babi. Jangan salah baca :)


Dekat rumah lama aku [Petaling Jaya], babu tu dah macam kawan kita dah. Dia kenal mak ayah aku, dia kenal semua adik-beradik aku, dia kenal juga pembantu rumah aku masa tu. Seronok kan? Terasa macam setiap hari nak beli roti krim dekat dia walaupun roti krim dua hari sebelum tu pun tak habis makan lagi. Okay, over. Sorry itu kenangan masa kecik. Sekarang aku menetap di Shah Alam, bukan lagi di Petaling Jaya.


K, cerita tak ada faedah. Aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya, sesiapa yang tak faham apa itu babu, sekarang dah faham kan? Hehe. Entry ini sebenarnya sekadar suka-suka. Jari jemari terasa macam nak bersenam. Sorrylah kalau kau rasa menyesal baca entry ni. Memang buang masa.


Okaythanksbye.






#perempuansexybila pakai contact lens :)