The world is my playground

-



Janji Allah Itu Pasti



Gambar di atas sebagai permulaan entry.

Ya, seperti yang dapat kau baca dan lihat, itulah realiti yang terpaksa aku harungi. Dunia terasa sangat kejam, tak bermakna, hilang punca tatkala butang 'Enter' ditekan sejurus aku mengisi nombor kad pengenalan aku di ruang yang di sediakan di laman web mohe.

Sejurusnya butang 'Enter' itu ditonyoh, muncul di skrin laptop ini, apa yang tertera di atas. Perasaan? Terkejut. Tergamam. Tersentak. Hilang bicara. Terdiam. Tangan secara tak sengaja menggeletar. Air mata terus bergenang tanpa dipaksa. Masa depan yang cerah seperti aku harapkan, kini bagaikan bertebaran di awang-awangan.

Eh? Kenapa? Apa semua ni? Benar? Aku dalam dunia realiti atau sekadar bermimpi di siang hari? Sungguh?


"Ya, benar Zaki. KAU TAK LAYAK!"


Kemudiannya, secara kebetulan, lepas saja skrin laptop menyampaikan berita itu, insan yang aku panggil sebagai 'Mama' telefon dari office.

"Zaki, dah check? Macam mana? Dapat tak?"

"Tak. Dia kata anda tidak berjaya. Tu je."

Syukur, aku mampu mengawal suara yang seakan bergetar mengikut rentak hati yang turut bergoncang kuat bagai dilanda gempa bumi. Sedih. Tak ada perkataan lagi yang boleh aku gambarkan macam mana perasaan aku tadi. Cuma air mata gagal dibendung, berjuraian bagai si bodoh yang berputus harapan. Okay, memalukan.

Ah ya, aku juga bersyukur sebab aku didampingi kawan-kawan yang sentiasa humble, nasihat dan kata semangat terus dihamburkan kepada aku. Alhamdulillah, terima kasih ya kawan-kawan. Kata-kata kalian itu pemangkin semangat yang bagaikan roboh tanpa alasan yang konkrit.

Tahniah untuk kau semua yang berjaya mendapat tempat dalam mana-mana ipta. Teruskan usaha, capai apa yang dihajati, gapai apa yang diingini. Doa dan harapan aku semoga kau semua gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Semoga berjaya di alam universiti. Anda antara insan yang terpilih. Tahniah sekali lagi.

Dan kepada mereka yang tak berjaya mendapat tempat di mana-mana ipta macam aku, jangan berputus asa ya. Tabahkan hati. Kita boleh buat rayuan lagi kan? Boleh masuk yang second-in-take punya lagi kan? Kan? Kan? Ya, semuanya bergantung kepada rezeki daripada Allah juga. Kalau ada, ada lah tu. InsyaAllah. Kalau tak ada, ipts ada bukan? Relaxlah!

Ingat, janji Allah itu pasti. Relax! Perjalanan hidup kita tak terhenti di sini. Pasrah dan reda. Peluang dan rezeki banyak lagi di luar sana. Sekadar menunggu untuk diteroka. Maka, mari teroka bersama! Hehe. Kuatkan semangat bila runtuh kata Edry Abdul Halim dalam lagu ciptaannya- HambaMu -lagu tema Imam Muda musim ke-2 tu. Okay? :)




Jadi seperti entry-entry sebelum ni, ayat yang sama suka untuk aku ulang berkali-kali :

Rencana Allah Pasti Lebih Indah !

InsyaAllah.



-segalanya malap-segalanya senyap-segalanya sepi-segalanya mati-

-off-