The world is my playground

-



UiTM Jengka, Pahang.

Ini barangkali entry terakhir aku sebagai seorang penganggur sebelum aku melangkah masuk ke dalam Universiti Teknologi Mara kampus Jengka, Pahang untuk menjadi seorang mahasiswa Diploma Perakaunan. Lepas ni, entah bila lagi akan di-update blog ni. Kalaulah ada internet connection dekat sana, tak ke seronok? Boleh update blog setiap hari untuk cerita keterujaan aku bergelar junior dalam kampus. Tapi, Jengka tu kawasan luar bandar. Sila bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang diluar jangkaan ya Zaki [Itu pesan mama. *Ayat telah diolah ke dalam bahasa Melayu. Mama cakap in English]


Jadi aku akan meninggalkan Shah Alam untuk ke Jengka, dalam masa kurang dari 6 jam. Lepas sembahyang Jumaat, maka lesaplah aku daripada pandangan di bandar Shah Alam yang aku cintai ni. Ecehh. Perasaan mungkin sama macam calon-calon siswa yang lain. Bercampur baur. Aku tak tahu nak mengekspresikan perasaan apa. Tapi, eksaited mesti ada sebab inilah kali pertama dalam hidup aku selama 17 tahun 10 bulan, aku akan tinggal di asrama! Ohho. Kau tak rasa macam apa yang aku rasa ke? Sadis.


Maka, bila mana nak meninggalkan rumah perasaan sedih tetiba muncul. Sedih nak tinggalkan keluarga, kucing, arnab-arnab, bantal-bantal wangi aku, almari aku dan juga tidak dilupa pokok mangga depan rumah yang sedang lebat berbunga nak berbuah. EH? Tak apa, abaikan bahagian pokok mangga tu ya. Sebenarnya yang paling aku rindu nanti mestilah mak ayah dengan adik beradik. Lepas ni tak ada dah teman nak berborak/mengumpat orang. Kalau tak selalu dengan Nadiah je. Bila dia balik je sekolah macam-macam cerita dia bawak. Kecoh tahu? Oh, rindu nak tidur sampai ke tengah hari juga.


Jadi, nak pergi menuntut ilmu ni, macam-macam persediaan dah aku lakukan. Walaupun aku baru dapat tahu yang aku dapat hari Isnin lepas, tapi alhamdulillah dengan izin Allah aku sempat untuk bersedia. Bersedia yang aku maksudkan adalah dari segi barang keperluan fizikal dan untuk pendaftaran nanti. Dari segi mental, belum sepenuhnya bersedia. Mental ini mungkin akan di-develop setelah kereta bergerak masuk melepasi pagar UiTM kampus Jengka itu. Entah. Dalam bayangan minda, kampus itu mungkin nyaman. Paling kurang pun macam kampus Sri Iskandar tempat abang,kakak dan sepupu aku tu. Tapi itu bukan satu kepastian. Sila tunggu dan lihat.


Seperkara yang aku rasa macam terkilan tak dapat nak teruskan adalah, mengikuti program Imam Muda setiap Jumaat, pukul 9 malam di Astro Oasis. Lagi, tak dapat nak teruskan ber-twitter. Lagi, tak dapat nak teruskan habit tidur petang yang sudah menjadi satu kemestian. Lagi, tak dapat nak blogwalking selalu. Lagi, tak dapat nak makan dan minum bila-bila masa aku nak. Lagi, tak dapat nak mandi lama-lama dan yang terakhir tak dapat nak tidur dengan 6 buah bantal sekali gus. Kena bawa 2 bantal je maximum. Aku suka tidur bantal banyak-banyak, rasa macam diri ni dilindungi dan dihormati. Tahu?


Alright. Sebelum aku berhenti menulis, ingin aku pesan kepada kawan-kawan semua supaya belajar dengan rajin dan tekun. Capai apa yang anda impikan. Gapai apa yang anda idamkan. Realisasikan apa yang anda angan-angankan. Transformasikan imaginasi anda menjadi realiti. Semoga berjaya di tempat baharu, dengan environment baharu, dengan kawan baharu dan tenaga pengajar yang baharu. Ingat, anda merupakan salah seorang daripada 20, 000 pelajar yang diserap masuk daripada 200, 000++ yang memohon. Jadi, sila buat betul-betul. [Sesungguhnya pesanan ni untuk diri aku juga]


Ayuh, teruskan usaha! Semoga berjaya! :)




With Love,
Ahmad Zaki Bin Abu Samah.