The world is my playground

-



Perlu ke?

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ini lebih kepada pertanyaan, persoalan, sindiran, perli dan tertanya-tanya. Nak tahu apa yang aku kecoh dekat diri aku sendiri? Nak? Tapi sebelum tu aku nak lahirkan rasa kesian terhadap diri sendiri sebab terpaksa terima rungutan mulut yang tak henti henti meluahkan apa yang bersarang di fikiran. Sekarang, dari otak turun ke mulut, dari mulut turun ke jari jemari dan seterusnya ke ahmadzakee.blogspot.com ini. Mari kita rungkai satu per satu. Kepada anda yang rasa ada jawapan untuk soalan tak pandai ini, sila jangan takut-takut untuk menyuarakan pendapat itu dengan lantang di sini ya.

Okay.
Ini aku nak tanya kepada blogger(s), perlu ke letak gambar banyak-banyak yang memang entry dia dah macam album kawin mak ayah aku dulu. Padahalnya cuma pergi makan bersama keluarga, tapi letak gambar banyak macam kau pergi vacation dekat Afrika Selatan. Pelik. Tapi kalau kau salah seorang yang suka buat macam ni, jangan terasa hati ya, aku cuma tanya je sekadar nak dapatkan kepastian. Maaf, aku blogger baru so mungkin kurang faham dengan tindakan sebegini. Kalau kadang-kadang nak buat macam tu aku fahamlah sebab aku pun pernah buat dekat entry sebelum ni [sila rujuk sini] tapi kalau setiap entry macam tu, alahaii. Saya tak faham apa motif. Kalau sikit tak apa, ini dah macam semua gambar dalam camera kau tu kau letak. Parah. Tapi nak buat macam mana, blog kau, hak kau lah.

Next is, perlu ke tulis singkatan yang teramat sangat dekat blog? Aq mencik doe camnie. Haha. Ini diajukan khas kepada blogger yang menulis ringkasan bagi setiap perkataan dalam setiap entry dia. Kalau IniAnwarHadi dia sebut sebagai bahasa EwwW. Ngerti? Susah nak faham walaupun kadang kala cerita yang ingin disampaikan best ataupun lawak mahupun berunsur ilmiah. Jadi jika ada blog yang guna perkataan yang diringkaskan terlalu over, aku close browser terus. Tapi nak buat macam mana, blog kau, hak kau lah.

Seterusnya, perlu ke letak lagu auto play dekat blog? Kalau lagu yang mendayu-dayu konon-layan-perasaan tu boleh sabar lagi, tapi kalau lagu jenis nak clubbing punya? Tak ke terkejut dibuatnya? Page belum sempat loading sepenuhnya lagu dah keluar. Annoying pun ada. Lepas tu nak baca isi kandungan blog pun tak senang sebab lagu mengganggu. Kenalah tekan stop sebab mengganggu. Nak baca sambil mendengar, boleh?  Perlu ke? Tapi nak buat macam mana, blog kau, hak kau lah.

Akhir sekali, perlu ke cerita pasal your-day-out-with-beloved-boyfriend/girlfriend dekat blog kau? Macam kau sorang ada boyfriend/girlfriend yang awesome walaupun tak awesome langsung. Ini kebanyakkannya berlaku dalam kalangan blogger wanita. Maaf cakap, tapi ini realiti. Keluar dating pun siap nak bagitahu orang walaupun dating dekat tepi tasik konon-sweet-layan-perasaan dekat situ. Kau seronoklah kot bercerita tapi si pembaca menyampah lalu kau akan dikutuk di Facebook ataupun Twitter. Percayalah! Tapi nak buat macam mana, blog kau, hak kau lah.

Okaylah setakat tu sahaja dulu yang aku nak tanya. Nanti kalau ada lagi soalan berkaitan 'Perlu Ke?' ni aku editlah post ni. Tak pun buat 'Perlu Ke? [Part 2]'. Haha, dah macam drama bersiri ya? Lantaklah, blog aku, hak aku lah :) Jadi saya, dengan ini ingin menyeru kepada blogger(s) yang suka buat perkara di atas, sila terangkan kepada saya motif dan tujuannya. Kerjasama kalian saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sehingga bertemu lagi di blog ini pada masa akan datang. Bye! Assalamualaikum.