The world is my playground

-



Kembangkan Minda

Hari-hari aku tengok Buletin Utama pukul 8 malam. Ini bermakna bila pukul 8 je tak ada siapa boleh kacau aku nak tengok berita. Aku marah. Hehe. Jadi bila mana ada pembaca berita wanita berbangsa Cina itu aku mula terkesima. Terkesima dengan kefasihan wanita itu membaca berita dalam bahasa Melayu. Lancar. Tak tersekat. Asli. Tak kedengaran bunyi loghat kaum Cina sangat. Waa! Kau boleh cakap bahasa Mandarin dengan lancar dan fasih macam Chi Fei baca berita dalam bahasa Melayu? Mesti tak.

Jadi sebenarnya itu bukan apa yang ingin saya tekankan di sini. Apa yang ingin diperkatakan adalah mengenai kandungan berita itu. Ada kalanya menyeronokkan. Seronok sebab dapat tengok nama Malaysia gah di persada antarabangsa. Tak kiralah dalam bidang apa sekali pun asalkan nama Malaysia mampu meniti di bibir-bibir rakyat asing itu sudah cukup membanggakan. Kagum. Teruja. Megah. Kan?

Tapi keseronokkan bertukar mual apabila berbicara mengenai politik. Saya taknak bercakap pasal politik panjang-panjang sebab saya masih belum layak pun untuk mengundi. Tapi rasa mual dan menyampah serta malu apabila pemimpin politik bertelagah sesama sendiri hanya kerana inginkan perhatian dan undi rakyat. Malu. Pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam, memburuk-burukkan rakan seperjuangan. Buruk seburuk-buruknya. Aku tertanya-tanya, apa pandangan bangsa dan agama lain bila tengok mereka berperangai macam ni? Sadis. Hilai tawa mengiringi kutukan padu si polan terhadap si polan. Lantas si pengutuk tersenyum puas. Bangga. Bangga apabila kata-kata sinisnya mendapat sambutan pendengar.

Perasaan mual bertukar ngeri apabila Buletin Utama menyiarkan kisah kematian akibat kemalangan jalan raya. Hampir setiap hari ada. Takut dan risau akan keselamatan diri dan ahli keluarga bila mana berada di atas jalan raya untuk ke destinasi tertentu. Risau mengingatkan abang yang pergi ke tempat kerja menaiki motosikal sebab kebanyakkan yang maut adalah penunggang motosikal. Nau'zubillah, moga-moga abang aku terhindar daripada kecelakaan seperti itu. Amin. Risau juga bila mengingatkan ayah yang memandu keseorang untuk hantar dan ambil mama di UiTM Puncak Alam. Kena redah jalan Meru yang sememangnya sesak dengan kereta dan lori. Semoga semuanya selamat. Amiiiin.

Semuanya bertukar bosan apabila tiba segmen sukan sebab aku bukan peminat apa-apa sukan pun melainkan kalau ada muka Datuk Lee Chong Wei ataupun Datuk Nicol Ann David. Aku jadi eksaited terlebih. Mungkin sebab mereka jaguh dunia kot. Itu jelah.

Alright, kau tengah baca entry aku lagi? Rasa menyesal tak buang masa baca benda ni? Mesti ada terpalit rasa rugi dan bosan kan? Haha! Sebenarnya entry ini sekadar untuk mengisi masa lapang aku. Maaf. Tapi pesanku agar kalian yang membaca jangan lupa tengok Buletin Utama, berita segenap dimensi setiap malam ya. Banyak ilmu kita dapat daripada berita :) Okay, salam ukhwah semuanya! Bye.