The world is my playground

-



Cikgu

Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni nak bercerita pasal cikgu. Ya, cikgu! Orang yang mengajar kita dekat sekolah tu tak kiralah subjek apa sekalipun, asalkan dia masuk kelas dan mula mengajar sesuatu yang baharu kat kita, cikgulah tu gelarannya :)

Jadi aku ada sorang sepupu yang bergelar cikgu, juga sorang jiran yang bergelar cikgu, juga sorang guru yang bergelar cikgu. Okay itu bodoh. Guru dan cikgu itu sama. Jangan terpedaya dengan helah bahasa Melayu aku sebab SPM aku bahasa Melayu tak dapat A+ pun. Secara otomatik aku tak layak jadi cikgu BM tapi aku sendiri memang tak nak dan langsung tak berminat nak jadi cikgu pun.

Okay, bila someone tu dah jadi cikgu, maka anak murid dia, bekas anak murid dia, kawan-kawan dia, jiran tetangga dia semua akan panggil dia cikgu, walaupun dia sudah melepaskan jawatan sebagai seorang cikgu [dah pencen]. Fenomena ini aku tengok bila mana sepupu mak aku, juga merupakan seorang cikgu, sampai sekarang semua orang panggil dia cikgu. Cikgu Brahim. Jadi aku pun buatlah kesimpulan : once a teacher, will always be a teacher. Ya, suka-suka aku je buat konklusi sendiri macam buat lab report untuk subjek Chemistry dan Physics masa dekat sekolah dulu. Biar ah.

Mak aku cakap, dulu-dulu kalau jadi cikgu tu merupakan satu kebanggaan. Tak semua orang boleh jadi cikgu dan bila mana ada orang kampung kita yang dapat jadi cikgu maka dia akan dipandang tinggi dan mulia serta dihormati menggila tinggi. Tapi sekarang tidak lagi, cikgu itu perkara biasa. Rasa hormat anak-anak sekarang dekat cikgu pun dah semakin kurang. Masakan tidak kalau dah sesetengah cikgu tu berperangai syaitan laknatullah. Kalau rajin baca surat khabar mahupun tengok Buletin Utama setiap malam, mesti tahu apa yang aku cakapkan ni.

Baru-baru ni sorang budak darjah satu dekat sekolah agama mana tah, meninggal dunia lepas koma 3 hari akibat dibelasah cikgu yang berumur 27 tahun hanya kerana dia [budak tu] dituduh mencuri duit RM7 milik kawan dia. Sampai macam tu sekali punya bajet gangsternya cikgu tu. Harap-harap dia kena hukum gantung sampai mati! [tahap kegeraman sampai ke tahap maximum]

Kejahatan seorang abang terhadap adiknya :D

Dan..

Keprihatinan kawan-kawan dan kakak aku :P


Hari tu juga adik aku ada cakap dekat aku yang cikgu BM dia ketuk kepala dia guna buku tebal sebab dia tak siap karangan. Kurang ajar punya cikgu main kepala. Mak ayah aku pun tak pernah nak main ketuk-tolak kepala anak-anak dia sesuka hati. Ya, cikgu sekarang makin kurang ajar! Apa kau rasa kau cikgu kau boleh buat sesuka hati dekat anak orang? Nak buat sesuka hati sila buat dekat anak kau sendiri sebab kalau apa-apa jadi kau yang menanggung risiko!

Cuba bayangkan seronoknya alam persekolahan kalau semua cikgu mesra murid. Macam cikgu Add Maths aku masa Form 4 & Form 5 tu. Ataupun cikgu yang 'gila-gila' macam Cikgu Syida Dari Parit [CSDP] yang baru-baru ni keluar front page Harian Metro, sebab video dia yang diletakkan dekat Youtube tu. Seghonok budak-budak nak belajar kalau ada cikgu macam tu. Nah tengok video yang top :




Takde takde, walaupun korang dah tengok video dia berpuluh kali, tengok lagi! Penat aku ambil dari Youtube. Sila-sila-sila! Haha


Jadi kesimpulannya, ada sesetengah cikgu sekarang memang tak boleh pakai! Melampau. Buat sakit hati. Jadilah cikgu yang berkualiti, bukan cikgu yang menyakitkan hati! Minta maaf kalau kau yang membaca ni anak cikgu atau kau sendiri yang membaca ni seorang cikgu [kalau ada]. Haha. Tak berniat nak merendah-rendahkan martabat cikgu. Tapi ni lah apa yang jadi sekarang. Kawan-kawan nanti kalau ada yang nak jadi cikgu, jadilah cikgu yang baik ya. Jangan jadi cikgu yang panas baran nanti murid tak suka. Alright? :)

# minta maaf ya cikgu semua, sekadar melontarkan kebenaran, bukan nak mengata tak tentu haluan. Nah video untuk awak yang terasa hati dengan entry aku ni, sebagai tanda memohon maaf kalau aku ada terkasar bicara. Semoga terhibur! Hehe.




Sekian.