The world is my playground

-



"I proposed, You accepted.."



Kek Tunang, 09.04.2011
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Anak-anak semua nampak gambar di atas kan? Ya, itu kek hantaran abang saya yang sudah bergelar tunangan orang pada tanggal 09 April 2011 yang lalu, Alhamdulillah. Sweet tak abang saya bagi cake ada tulisan macam tu? Haha. Okay sebelum saya teruskan, ingin saya jelaskan di sini bahawa entry kali ini akan dipenuhi gambar-gambar sekitar majlis berlangsung. Okay? :)



Gambar di atas menunjukkan hantaran yang diberi dan diterima. Diberi 11 dulang dan dibalas 13 dulang. Kalau nak lebih jelas, insyaAllah akan saya tunjukkan satu per satu di bawah nanti ya. Suka tak tengok colour dia? Pink yang diberi dan purple yang diterima. Ini bermakna hantaran daripada pihak lelaki berwarna pink dan daripada pihak tuan rumah berwarna purple. Faham?

Jadi sebenarnya majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Seawal jam 9.30 pagi rumah saya sudah didatangi saudara mara yang kelihatan berbesar hati untuk mengiringi rombongan meminang. Syukur, terima kasih semua yang hadir. Walaupun pukul 9.30 tu saya baru nak basuh gigi semua. Hihi. Sebelum berangkat, sekitar pukul 11 diadakan jamuan makan dan doa selamat. Untuk pengetahuan, rombongan ini disertai oleh 13 buah kereta ya saudara-saudari sekalian. Ya! 13 buah kereta. Saya serius ni. Tak bergurau. 13!



[Gambar atas kiri : berbaju kuning abang saya, sebelahnya sepupu saya. Gambar atas kanan : sepupu saya. Gambar bawah kiri : sepupu-sepupu saya dengan anak-anak kecil. Gambar bawah kanan : bergabung, meletup! Ah!] Hihi.

Maka sebelum bersiap lawa lawa wangi wangi nak pergi rumah orang kaya tu, sempatlah kami sekeluarga berserta saudara mara pergi petik buah mangga dekat pokok mangga tepi rumah saya ni seperti yang dapat anda tengok dekat atas ni. Suka ya saudara dapat mangga fresh dari pokok! :)



Gambar di atas adalah mak su saya :) Orang yang bertanggungjawab menyusun kedudukan dan menentukan siapa-yang-nak-bawa-hantaran. Saya turut tersenarai. Alahaaii. Terima kasih Asu! :)



Ya, sebelum siap nak berangkat, gosip dulu ya anak-anak. Nadiah, aku faham kau penat dan tak sabar nak pergi, tapi tolonglah faham aku juga terseksa tengok kau angkat tangan macam tu ._. Ya, gambar ini candid ya. Saya sebenarnya tak suka tengok wajah saya menjadi mangsa lensa kamera.



Muka masing-masing menahan berat hantaran dan kepanasan akibat terik mentari sebenarnya. Tapi nak nampak cool punya pasal masing-masing control. Padahal dalam hati rasa macam nak baling hantaran tu. Gambar diambil di hadapan rumah sebelum berangkat ke rumah perempuan sekitar jam 2.15 tengah hari. Saya angkat shampoo dan peralatan membersihkan badan! :)



Dah sampai! Beratur elok-elok semua. Jangan buat perangai tak elok. Kita dah bersedia nak bergerak masuk ke rumah orang ni. Ya, rombongan diketuai si pemegang Tepak Sireh. Nampak muka saya dekat gambar bawah tu? Tengah menahan kepanasan dan ke-malu-an! Eh okay itu dah lain. Maksud saya, tahan malu. Ngerti? Malu sebab dekat depan rumah bukan main ramai orang menunggu.




Ini namanya ketibaan yang dinanti. Tengok gambar atas. Ayah saya yang berbaju Melayu pink yang angkat tangan bagi salam dekat tuan rumah tu. Sebijik macam dalam drama Melayu. Olaahaaii. Gambar bawah si berbaju Melayu hijau itu abang saya. Salam semua ya sebelum masuk.

Okay, bagi meringkaskan cerita kita dah masuk dah letak hantaran semua. Tibalah masanya untuk bercakap. Ah, itu semua kerja orang tua-tua. Aku cuma perlu duduk melangut dengar je. Lepas tu tiba masa untuk menyarung cincin kepada gadis yang bernama Nur Farhana itu. Ya, kini tunang abang saya tu. Cincin disarung oleh nenek saya sebab mak saya kata biarlah nenek yang sarungkan. Okay ini gambar :


Ya, gambar ni saya bagi besar sikit supaya awak semua yang membaca puas tengok muka bakal sister-in-law saya. Itulah orangnya. Yang berbaju pink. Yang bertudung oren nenek saya. Takkan tak reti beza mana satu nenek mana satu bakal sister-in-law kot? Ciss.

Alright, lepas sarung cincin masa untuk makan. Apa lagi mari kita serbu meja buffet. Tapi on the way nak ke meja buffet mata tertarik dengan meja yang terletak di satu sudut rumah. Meja itu ada chocolate fountain dan buah buahan segar beserta marshmellow. Haiya aku pergi situ dululah. Tak jadi nak makan nasi dulu.



Wajah-wajah girang mereka yang sebenarnya seronok dan jakun nak main ambil-ambil chocolate terjun tu. Ciss, masa muka aku tengah jakun main celup-celup marshmellow dalam chocolate terjun tu tak ada pula photographer ni nak ambil gambar. Sedih ah macam ni.

Okaylah bagi meringkaskan lagi cerita, lepas dah kenyang masing-masing muka dah malas kepala dah terbayang katil nak tidur dah, kita pun nak balik lah.


Jadi sebelum balik, posing dulu ya jejaka-jejaka. Yang berbaju Melayu pink tu abang saya yang bertunang. Yang berbaju Melayu hijau tu abang nombor 2 saya. Ya muka kita siblings lain-lain. Takyah kecoh. Dan yang lain-lain itu pula sepupu-sepupu lelaki saya. *2 orang missing, kedua-duanya berada di Perak.



Ini pula gadis-gadis keluargaku yang ada, mengapit pasangan yang baru bertunang itu. Yang sebelah abang saya tu, kakak saya. Yang sebelah bakal sister-in-law saya tu, adik saya. Yang lain-lain sepupu perempuan saya. Seorang missing, dia berada di Melaka. Pilih mana nak. Tapi kakak saya taken ya. Harap maklum :)



Nah kau, sebelum balik pasangan ni berangan sekejap ambil gambar dalam kereta Ferrari milik keluarga si perempuan itu kot. Entah saya pun tak sure siapa tuan empunya kereta mahal ni. Alahaii orang kaya. Benci ah macam ni siap ada kereta Ferrari. Apa rahsia kau banyak sangat duit sampai boleh beli kereta ni ah? Ciss.

Okay sebelum balik, macam kita datang tadilah, beratur elok-elok semua kita nak ambil gambar ni. Teettt family potret :)




Dan, akhir sekali.....


Yeehaa ada juga saya punya gambar sorang-sorang :) Ini masa nak keluar dari rumah mewah itu. Mind your step, people! Rumah ni banyak tangga. Buatnya tergolek dekat situ tak ke malu? Dan kalau jatuh juga sia-sia pecah perfume yang aku angkat tu. Eh haa ya, terima kasih ya photographer untuk gambar ini. Saya suka warna hantaran tu, purple. Macam warna baju saya juga! :)




Ya, ini cup cakes yang kita dapat. Ali nama abang saya. Nana nama tunang dia [nama panggilan untuk Farhana]. Semoga hubungan anda berdua kekal ke jinjang pelamin dan ke anak seterusnya ke cucu dan ke akhir hayat hendaknya, insyaAllah.

Awak semua yang membaca doa-doakanlah mereka bertemu jodoh ya. Kalau tiada aral melintang, mereka akan dinikahkan pada tanggal 11.11.2011, insyaAllah. Ya! Nanti saya jemputlah awak semua kawan-kawan saya untuk kenduri. Kecoh lah. Awal lagi ni. Haih. Jangan nak kabut sangat. Saya tak lupa kawan. Sesungguhnya saya tengah eksaited tak habis ni. Doakan yang terbaik!

KthanksBye.