The world is my playground

-



Bittaufiq Wannajah! :)

Assalamualaikum :)


Lama tak menulis. Lama tak meluah perasaan. Sungguh.

Lupakan. Terus ke tujuan utama.

Peperiksaan akhir semester kedua bakal menyusul dalam masa kurang dua minggu lagi. Persiapan cuma ala kadar. Tak serancak kawan-kawan lain. Sekarang tengah study week, aku pulang ke Shah Alam sekadar untuk melepas rindu terhadap keluarga dan bandar Shah Alam ni. 07 Mac nanti kembali ke Jengka semula untuk menelaah pelajaran sebagai persiapan untuk peperiksaan akhir ni.

Jadi untuk semester kedua ni aku tak mahu menaruh harapan tinggi. Cukup sekadar mengusahakan apa yang mampu, dan terus berdoa. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Aku juga tak nak bagi harapan palsu dekat ayah & mama. Usaha sikit-sikit, yang susah akan jadi senang, yang mustahil akan jadi tak mustahil. InsyaAllah, boleh. Berpegang teguh pada tiga kata kunci untuk berjaya : usaha-doa-tawakkal.

Jadi bilamana nak final exam, perkara biasalah ramai kawan ucap selamat maju jaya. Seorang rakan alam maya yang aku kenal dari zaman Myspace ucap, 

"Semoga mengulang kejayaan. Aku doakan kau cemerlang fiddunya wal akhirah."

Allah. Aku terkedu & terharu. Terima kasih ya :) InsyaAllah akan aku usahakan yang terbaik.

Jadi kepada kawan-kawan se-UiTM, selamat maju jaya untuk peperiksaan akhir ni. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga kita terus cemerlang. Semoga mengulang kejayaan semester lepas. Moga Allah berkati usaha dan redai pengorbanan kita dalam proses menuntut ilmu ini.

Kejayaan milik kita semua, insyaAllah.





Sekian,
Bittaufiq Wannajah! :)