The world is my playground

-



"Aku sentiasa ingat kau.."

Dari zaman sekolah rendah, kalau berdrama, memang dia antara yang terhebat. Kalau cipta skrip mencari helah untuk melepaskan diri dari dimarahi guru, dia antara yang terhandal. Kalau bergurau untuk lihat orang lain gembira, memang dia antara badut yang berkuasa.

Semalam aku pergi teman adik aku pergi beli buku sekolah, dengan kakak. Selesai membeli, mahu beredar meninggalkan sekolah. Keluar dari pagar, ada kereta Suzuki Swift warna kelabu di situ. Tiba-tiba tingkap sebelah penumpang diturunkan, lalu kedengaran ada seseorang menjerit panggil nama aku..

"ZAKI....!!"

Aku toleh, wajah dalam kereta Swift tu memang aku kenal. Aku senyum. Pergi menyapa. Tangan dihulur, bersalaman. Dia yang ada dalam kereta ialah Mohd Noh Hafiz. Kawan aku sejak darjah empat.

"Hoi kau, buat apa dekat sini? Beli buku adik? Samalah." katanya.

Aku pun balas, "Ha'aa. Kau sihat? Lama tak jumpa kau."

"Sihat. Tu lah lama gila tak jumpa kau. Contact pun tak. Kau lah dah lupa aku, aku sentiasa ingat kau tahu tak."

Ayat dia, memang hiperbola. Aku tegur dekat Twitter minta BB pin pun tak dibalas. Jadi betullah, dia memang raja drama. Haha. Aku tak pernah lupa kawan-kawan aku. Kawan masa darjah satu pun aku ingat lagi. Cumanya, takkan aku nak call kau tanpa sebab? Nak sms tanpa alasan? Nak tegur di Facebook tanpa ada topik untuk dibualkan? Nanti orang kata songsang pula.

Tapi, benarlah. Tegur sebagai seorang rakan. Sorrylah lama tak menegur. Aku busy, kau busy. Kita semua busy. Sekarang cuti, mungkin berkesempatanlah nak berjumpa. Semalam pun jumpa tanpa disengajakan. Lama tak borak dengan kau, dengan kawan-kawan bekas 5 Cekap yang lain.

Bila jumpa Apis, terus terbayang muka-muka si periang yang lain. Rindu kau orang semua.

Semoga kita semua dapat terus berkawan hingga ke akhir usia. Aku tak akan pernah lupa semua yang pernah jadi kawan aku. Aku sentiasa ingat kau orang semua. Pesan aku, semoga semuanya terus maju dan berjaya dalam hidup. Selamat berusaha dan semoga berjaya untuk semua!