The world is my playground

-



Unexpected!

Assalamualaikum w.b.t :)

Dah lama rasanya aku tak menulis dekat sini. Semakin hari semakin janggal dengan dunia blogging. Kehidupan di kolej sangat sibuk, sehinggakan tak punya masa untuk bersosial. Maksud aku, bersosial di laman sosial. Kadangkala idea untuk menulis itu ada, cuma masa yang menjadi abarnya. Kadangkala masa untuk menulis itu ada, cuma idea pula hilang entah ke mana. Ah, tak apa. Sekarang aku kembali membawa berita gembira. Berita gembira untuk diri aku sudah tentunya, dan juga kedua-dua orang tuaku :)

Jadi untuk pengetahuan, hari ni merupakan antara hari terpenting bagi anak-anak UiTM. Hari results diumumkan! Yeay! Debaran tu dapat aku rasa, sehinggakan saat nak log masuk ke student portal, menggeletar jari dibuatnya. Hihi.


*   *   *   *

Dah log in. Dah check. Tergamam sekejap. Air mata gugur setitik. Seluruh tubuh dan organ dalaman menggeletar. Jantung berdegup laju. Darah mengalir deras. Tiada kata yang mampu diucapkan bila result dah terpancar pada skrin komputer. Pelbagai perasaan bercampur baur. Secukup rasa. "Oh ya Allah, biar betul ni?"


Ya!


Syukur, Alhamdulillah. Usaha yang diberkati, pengorbanan yang diredai dan doa yang dimakbulkan. Terima kasih ya Allah. Aku sekadar mencuba apa yang termampu, tidak akan dapat aku genggam kejayaan, tanpa pertolongan dan kehendak-Nya. 


Terima kasih, ya Allah :')



Tapi sesungguhnya ini baru permulaan. Tapi permulaan haruslah permulaan yang baik. Perjalanan masih jauh untuk mengejar Anugerah Naib Canselor. Itu apa yang aku angankan. Sekarang, kita semua harus terus berusaha tanpa perlu merungut, disamping berdoa kepada-Nya. Dan jika diizinkan oleh-Nya, kejayaan pasti dalam genggaman. Cuma perlu yakin bahawa janji Allah itu pasti. Selalu aku ingatkan diri pasal benda ni, dan selalu juga aku tulis di blog ni ayat tu, kalau kalian perasan :)

Jadi kepada kawan-kawan yang berjaya mendapat DL, tahniah! Kepada yang berjaya dapat 4 flat, anda sumber inspirasi saya buat masa kini :) I jelly dengan you, tahu tak?! Haha. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan bersedih. Kejayaan ada di mana-mana. Terus bersemangat, berusaha dan berdoa. InsyaAllah, kejayaan milik kita bersama! Nah dengar lagu penaik semangat ni :






Jangan bersedih. Senyum dan terus bersemangat ya! Be strong, okay? Sekali gagal tak bermakna gagal selamanya kan :) WE CAN DO IT! 

GPA untuk first semester:
3.96

Alhamdulillah :)


"Ya Allah, lindungi aku daripada sifat riak dan bangga diri, sesungguhnya nikmat kejayaan juga merupakan salah satu dugaan daripada-Mu. Luruskan niatku, elokkan budi pekertiku, dan berikanlah aku cahaya hidayah-Mu agar aku tidak terpesong tatkala menerima nikmat dan dugaan daripada-Mu, ya Tuhanku"

Sekian.