The world is my playground

-



11.11.11

Assalamualaikum wbt :)

Entry kali ni, tak nak banyak menulis, nak banyak letak gambar sahaja. Tapi kenalah ada intro untuk entry ni kan? Takkan nak terus gambar, itu syok sendiri namanya.

Jadi pada tarikh keramat 11.11.11, abang aku telah pun sah bergelar suami kepada insan pilihan hati dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Bertempat di Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, abang aku dinikahkan tepat pada jam 9.27 am. Syukur.

Jadi ini antara gambar sekitar majlis akad nikah :


Sebelum dinikahkan, abang bergambar kenangan sebagai seorang bujang bersama keluarga :)


Menanti saat untuk diijab-qabulkan


Selesai dinikahkan, berdoa memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi :')


Selesai nikah, sarung cincin cium tangan apa semua. Nah, gambar empat dalam satu :)


Dah sah jadi suami isteri baru boleh ambil gambar bersama ya :p


Kegembiraan jelas terpancar di wajah kedua-duanya :')
Mama : happy sebab dapat menantu pertama
Kakak ipar : happy sebab dah jadi isteri orang
Eh! Gatai naa :p


*    *    *    *


Selesai Majlis Akad Nikah, ayuh beralih ke Majlis Perkahwinan sebelah perempuan yang diadakan pada malam hari itu juga, Jumaat : 11.11.11 : Dewan Gemilang, Taman Tun Dr Ismail.






Kompang dipalu, pengantin malu. Ewaaah :D





-Ini sahaja gambar yang boleh dipertontonkan kepada umum-


Ingin saya jelaskan di sini, bahawa gambar terakhir tu, masing-masing tengah control senyum sebab di hadapan pelamin ada ratusan tetamu sedang melihat dan photographernya pula ramai. Sampai tak tahu nak tengok camera mana satu. Terasa macam diri ni tokoh ilmuwan terunggul, semua nak ambil gambar saya. Hehe. Tapi photographer yang dilantik dan diupah cuma 3 orang sahaja, yang lain tetamu yang ingin merakamkan gambar kenangan keluarga pengantin lelaki.

Dan, untuk pengetahuan, naik atas pelamin untuk bergambar bersama pengantin bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Seperti dalam gambar terakhir, untuk makluman, kedua-dua belah lutut saya sedang menggeletar akibat ke-nervous-an dan ke-malu-an. Eh? Haha.

Itu semua gambar kenduri sebelah perempuan, yang sebelah pihak lelaki [keluarga saya] kendurinya akan diadakan pada hari Sabtu ini, 19 November 2011 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Kebudayaan, Belia dan Sukan Seksyen 7 Shah Alam [berhadapan dengan SMKS7] bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang. Kalau anda rasa anda kenal saya atau mungkin, anda anggap saya kawan anda, ya, anda dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis.

Kehadiran anda amat dialu-alukan.


Sekian.