The world is my playground

-



Selamat

Assalamualaikum.
Salam Khazanah Alam :)


Lama tak update blog. Lintasan masa membatasi pergerakkan. Wi-fi yang lembab di kolej menyebabkan sistem pergerakkan tangan dan minda menjadi malas dan liat untuk update blog. Sekadar meluahkan apa yang bersarang di fikiran pada laman Twitter sahaja. Sekarang tengah cuti raya, berkesempatan untuk update blog.

Hari ni hari ketiga terakhir sebelum Ramadan pergi. Masa seakan berputar pantas, tiga hari lagi muncullah Syawal. Persediaan menyambut lebaran tahun ni tak serancak tahun lepas. Aku sekadar memakai apa yang ada. Mood nak shopping raya masih belum muncul akibat demam yang datang secara tiba-tiba. Ujian di akhir Ramadan, kata orang. Sabar ye.

Raya tahun ni mungkin raya yang sederhana. Kalau tahun lepas, aku terpaksa baca buku Chemistry pada pagi 1 Syawal untuk membuat persediaan Trial SPM 2010. Tapi tahun ni, nampaknya beraya dengan assignments lah. Lecturer bagi last minute, minta submit lepas cuti raya macam kitorang ni tak nak sambut raya. Kecewa dengan perangai lecturer, tapi apa boleh buat dah beliau lecturer, kita students, turutkan saja. Sabar ye.

Aku sebenarnya agak excited bercampur happy baca status kawan-kawan di Facebook. Semuanya nampak gembira dapat balik raya dari serata Malaysia. Rasa rindu masih terpahat pada semuanya. Kalau Allah izinkan kita bertemu semula, insyaAllah akan datang juga masanya nanti. Doa dan harapan aku moga kalian enjoy dengan hidup baru di bangku universiti.


Jadi,

Kepada kawan-kawan yang baca blog ni [kalau ada] :

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin *ucapan standard hari raya :D

Nanti bulan November jemputlah datang majlis kenduri kahwin abang aku. Dengan izin Allah, dapatlah kita bertemu semula di situ nanti ya :) InsyaAllah.