The world is my playground

-



Maaf.

Assalamualaikum w.b.t
Salam Khazanah Alam.

Pesanan untuk kawan UiTM Pahang : Kawan, andai kata kau sedang baca coretan aku ni, maaf aku hulurkan terlebih dahulu. Bukan berniat nak menyinggung perasaan, sekadar ingin mengekspresikan pandangan. Maaf andai ianya keterlaluan.

Hidup dekat universiti, tak semudah yang aku harapkan. Hidup dekat universiti, tak seseronok yang aku fikirkan. Hidup dekat universiti, tak sama dengan apa yang aku angankan. Semuanya menerkam perasaan bilamana aku terpaksa jalani kehidupan di universiti yang tak seperti imaginasi aku sebelum ni. Entah di mana silapnya, semuanya berubah. Benar, imaginasi tak menentukan apa yang bakal terjadi. Angan-angan tak semestinya akan ditransformasikan menjadi realiti. Bosan. Hilang arah. Lesap. Ke mana? Entah.

Hidup dikelilingi rakan-rakan yang sama-sama menuntut ilmu dalam usaha untuk mencapai cita-cita. Atau mungkin, yang paling utama adalah untuk mencari reda Allah. Benar, menuntut ilmu adalah ibadah. Tapi keluarga tidak berada di sisi, cuma sms dikirimkan setiap hari. Proses menuntut ilmu menjadi tak mudah. Tak juga payah. Cuma sedikit goyah tatkala masalah datang menyergah. Pendam sendirian. Luahkan dengan cara meng-update Twitter. Mudah.

Kawan-kawan dekat universiti tak sama dengan dekat sekolah. Kawan-kawan dekat sekolah semuanya se-kawasan dengan kita. Tapi dekat universiti, dari merata Malaysia. Perangai dan kerenah pun haruslah berbeza, bukan? Berbeza dari sudut kawasan, kalau kau hidup di bandar, kau dah biasa dengan gaya hidup bandar, tapi kawan kau dari kawasan pedalaman, perhatikan tingkah laku kau, mungkin mereka meluat. Tapi apa boleh buat? Itu semua manusia, macam-macam perangai ada. Relaxlah.

Hidup dekat universiti, aku dikelilingi insan-insan hebat. Room mates mahupun classmates, mereka semua adalah antara pelajar cemerlang SPM 2010. Ramai yang dapat 6A, 7A, 8A. Ada juga yang 9A. Hebat bukan? Maka bilamana aku dikelilingi mereka yang hebat dan bijak, aku juga terdorong untuk menjadi bijak dan hebat sebagaimana mereka. Alhamdulillah. Tapi setakat ini, aku masih mencari kehebatan itu. Mungkin perlukan sedikit masa lagi. Allah Maha Kaya, itu tidak mustahil.

Okay.

Cerita perihal kawan, payah. Kalau ditegur dia mungkin terasa, atau mungkin akan fikir yang kita ni menunjuk baik. Bukan. Langsung tak berniat sedemikian. Cuma aku rasa apa yang tak betul harus dibetulkan. Kau pun, kalau rasa aku salah, tolonglah tegur. InsyaAllah akan boleh diterima.

Kawan, kalau nak bergurau tu biarlah berpada-pada, agar tak terbit rasa tak senang seorang kawan terhadap diri kita. Benar, hidup tanpa gurau senda akan jadi kosong, macam makan nasi lemak tanpa sambal. Tapi kalau keterlaluan, itu bukan lagi ramuan untuk kehidupan yang gembira. Itu boleh menyebabkan stress melanda. Ye? Harap kau faham. Maaf. 

Semoga Allah menyuluh jalan perjuangan dan transformasi kita agar terang dan bersinar. Selamat Maju Jaya untuk kita semua.


Sekian.