The world is my playground

-



Siswa Universiti

Assalamualaikum w.t.b :)

Apa khabar semua? Doa saya agar semua sihat sejahtera hendaknya. Lama rasanya aku tak update blog. Busy memanjang. Internet connection pun tak berapa okay. Kadang-kadang ada, kadang-kadang disconnected katanya. Lagipun aku on guna handphone sahaja, screennya kecil, tak puas hati nak update blog. Maaf. Tapi macam mana pun, sekalung apresiasi harus aku titipkan kepada kalian yang rajin melawat dan membaca blog ini :)


Jadi hari ni sebenarnya aku balik Shah Alam :) So, boleh update blog. Update ringkas dan cepat 250 words untuk menceritakan pengalaman aku bergelar seorang siswa universiti.



Minggu Destini Siswa [MDS]

MDS ini sebenarnya minggu orientasi. Normallah, setiap pelajar baharu pasti akan/perlu menjalani orientasi. Apa yang boleh aku katakan, minggu orientasi ni satu pengalaman panis [pahit + manis] sekali seumur hidup, mungkin? Sebabnya, dalam minggu orientasi ni, aku cuma boleh tidur maximum 3 jam sahaja sehari - tidur pukul 12.30 am, bangun pukul 3.30 am dan perlu berkumpul beramai-ramai seawal jam 4.30 PAGI! Ya, benar. Seawal itu kitorang harus berkumpul hanya untuk mendengar leteran para OCs. OC stands for Orientation's Committee. Pagi-pagi lagi terpaksa mendengar jeritan bengis para OCs yang marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. Katanya. Entahlah. Ini yang paling aku tak suka sebenarnya.

Dalam MDS ni juga aku terpaksa duduk bersila sehingga lebih kurang 9 jam lamanya dalam dewan untuk mendengar ceramah-ceramah yang sememangnya tak mendatangkan faedah kepada aku. Sorry. 9 jam itu sudah tentunya tak straight macam tu, cumanya kau masuk dewan pukul 8 pagi, kau rehat pukul 1 tengah hari pergi lunch, sembahyang Zohor semua, then kau masuk balik dewan pukul 2.30 petang sampai pukul 5 petang then kau pergi sembahyang Asar lepas tu kau pergi dinner seawal jam 6.20 petang dan tunggu Maghrib lepas Maghrib kau masuk balik dewan sampai pukul 11.30 ke 12 malam baru dia lepas kau balik. Keluar asrama pukul 4.30 pagi dan kembali semula ke asrama selewat jam 12.30 malam! Sepanjang masa tu kau tak dibenarkan balik ke asrama, maknanya tak ada rehat! SUKA TAK DENGAR? Sehinggakan aku tak sempat nak berborak dengan room mates aku sepanjang seminggu itu. Hebat!

Dalam MDS ni juga aku terpaksa menahan kedahagaan/kehausan sebabnya siswa/siswi tidak dibenarkan masuk ke mana-mana koperasi untuk membeli air. Koperasi itu kawasan larangan semasa MDS sedang berlangsung. Kejam. Air cuma diberi semasa waktu makan sahaja, lain daripada tu, pandai pandai kau lah pergi cari water cooler ambil air isi dalam botol buat bekalan. Seksaan ini agak tidak boleh diterima akal sebab dalam MDS ini kita banyak berjalan. Kolej dengan dewan bukannya dekat! Lagi pula kita terpaksa berjalan keliling kampus. Suka tak? Suka tak suka kau kena juga lalui. Dan ianya sudah selesai aku tempuhi. Alhamdulillah.

Sepanjang MDS ini juga, siswa harus berpakaian formal : berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut kulit warna hitam. Siswi harus berbaju kurung. Kau bayangkan kepanasan dan kepeluhan pakai formal tapi berjalan pusing kampus sebab nak tahu bangunan kelas, bangunan/blok pensyarah, padang apa semua tu. Nasib baiklah kampus khazanah alam itu tak sepanas Shah Alam sebab ianya dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit. Ya, kampus Jengka dipanggil kampus khazanah alam. Ya, kampus itu dikelilingi pokok kelapa sawit. Ya, ia kawasan felda. Ya, ya, ya! Aku tak tipu. Tak percaya sila pergi lihat sendiri.


Cukup pasal MDS.



Kelas

Kelas ini baru dua minggu dijalankan. Tapi untuk minggu pertama hanya lecturer untuk subjek BEL120 sahaja yang masuk kelas, lecturer lain tak masuk kelas untuk minggu pertama. Ramai yang MC. Entahlah. Minggu  ini minggu kedua, semua lecturer dah masuk. Seronok jugalah. Assignment ada sikit. Aku sekelas dengan kawan-kawan yang pandai dan awesome. Enjoylah sekelas dengan diorang. Tapi muka para wanita dalam kelas aku masih belum lekat dalam ingatan, cuma nama yang menjadi sebutan dalam kehidupan harian je yang aku ingat. Maaf. Ya, pelik tapi benar. Ingat nama tapi tak ingat muka. Itu aku. Maaf.


Okay.


Cukuplah itu sahaja dulu ye? Cerita panjang-panjang nanti kau bukan nak baca pun. Esok aku cerita lagi. Bila dekat kampus macam-macam idea nak dimuntahkan, tapi bila jari dah mula menekan keyboard, idea tak nak keluar. Skill menulis blog sudah hilang, itu pasal ayat berterabur. Maaf.


Sekian.