The world is my playground

-



Tegakkan Semangat Bila Runtuh!

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini keputusan kemasukan ke matrikulasi diumumkan. Boleh check dekat SINI . Tengah malam tadi lagi dorang sudah kecoh kecoh di facebook pasal ni. Ada yang dapat dekat Negeri Sembilan, ada dekat Selangor ni je, ada yang dapat dekat Pulau Pinang dan ada juga yang tercampak jauh di Perlis.

Jadi bila mana dorang dah kecoh kecoh maka aku pun check aku punya, maka ini yang keluar :





Automatically perasaan sedih timbul. Entah kenapa. Dalam otak aku fikir, kenapa aku nak sedih walhal kalau dapat sekalipun bukan aku nak pergi. Aku apply pun saje suka-suka sebab mama ayah kata apply maka aku pun apply. Jadi bila tak dapat aku rasa terkilan. Entah kenapa. Dan tak disangka-sangka Munira Mohamed ada jawapannya. Klik nama dia tu untuk ke blog dia. Jadi ini jawapannya :




Syukur. Terima kasih sebab bagi jawapan yang aku nak. Haha. Dan sejurusnya aku baca comment dia itu di Facebook, aku pun buka Youtube dan cari lagi Hambamu nyanyian Mawi ft Akhil Hayy. Ya ya, lagu tema Imam Muda 2 ciptaan Edry Abdul Halim tu. Best betul lagu dia dan ianya secara tak langsung memulihkan perasaan aku yang tak pasal pasal nak sedih. Ni lagunya :




Jadi bila mana semangat kau runtuh bagai bangunan World Trade Centre tu, silalah dengar lagu ni. Nescaya perasaan kau, insyaAllah, akan kembali pulih. Relaxlah. Matriks je. Tunggulah tawaran upu nanti, insyaAllah kalau ada rezeki ada lah tu, kalau tak ada tak apa jangan sedih sebab rencana Allah pasti lebih indah. Kan? Tak payah nak sedih menangis menitik-nitik, kalau tak dapat tak bermaksud hidup kau hancur lebur, peluang banyak lagi terbuka. Tenang. Sabar. Teruskan berdoa :)

Jadi kepada kawan-kawan yang dapat matriks, fikirlah elok-elok ya sebelum buat keputusan nak masuk ke tak. Dan kepada aku, relaxlah. Bukannya nak masuk pun kalau dapat. Kan? Jadi tak perlulah rasa tercabar. Ya ya? Hihi. Harap-harap 5 Mei ni bawa berita gembira untuk aku dan kalian juga para lepasan SPM ya. 5 Mei ni keputusan kemasukkan ke universiti diumumkan. Itu lagi penting kan? :) Doakan yang terbaik.

Okay. Bai.