The world is my playground

-



Segalanya Pasti Akan Terungkai!

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirahmanirahim. Sebelum apa-apa, ingin saya jelaskan di sini bahawa entry ini ditulis sekadar ingin menyuarakan pendapat sebagai seorang yang memerhati dan mengikuti perkembangan semasa. Tidak berniat ingin memperlekeh mana-mana pihak mahupun menyokong pihak-pihak tertentu. Maaf andai ada terkasar bicara sepanjang entry ini ditulis. Saya seorang budak hingusan yang memerhati dari kaca televisyen, dan sekadar ingin berkongsi pendapat. Mari tonton video ni :




Dah tengok habis? Teruskan membaca ya...

Ini komen yang aku baca dekat blog yang tunjuk video kat atas ni :


Komen pertama


Dan ini :



Komen ke-2



Ayat yang aku gariskan dengan warna merah tu sangat menarik perhatian. Ada benarnya. Tapi sebelum itu, dua komen ni mesti daripada penyokong DSAI kan? Tapi tak apalah, aku taknak komen pasal tu pun. Cuma nak cakap betullah apa yang diorang berdua ni cakap.

1) Betul juga kata komen pertama tu. Mirip mirip mirip. Kalau nak cakap mirip boleh je aku cakap jiran aku pun muka macam DSAI, cuma jiran aku putih melepak, Anwar kulit Melayu. Boleh? Haha. Ini namanya perbandingan ya. Aku tak berpihak kepada sesiapa. Maaf, sesungguhnya aku cakap betul yang aku ada jiran muka macam DSAI. Tolonglah percaya >.<

2 ) Dan dalam video kat atas tu dia cakap dia ada dengan DSAI masa kejadian. Dan komen kedua yang aku letak dekat atas tu pun bidas dengan cepat. Benar, kalau dia ada dekat situ kenapa tak cegah? Kenapa tak larang? Kenapa biarkan sahaja? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Apa motif? Tak amalkan amar makruf nahi mungkar! Aq mEnC!k d0e CaMn!E. Hikhik. Sekali lagi, ini sekadar nak menegakkan hal ehwal agama Islam. Tak berpihak kepada sesiapa. Maaf, sesungguhnya aku pun masih cetek dengan ilmu agama.

Jadi kesimpulannya, aku taknak cakap panjang. Kau tengoklah berita dekat TV3 hari-hari. Menyampah nak mampus. Lucah tak habis. Baik bertukar ke berita TV1 lagi bagus. Apa-apa pun, Datuk Eskay dah angkat sumpah, semoga Allah merahmati dia dunia akhirat.

Ya Allah, semoga kebenaran terungkai suatu hari nanti. Hindarkan dan jauhkanlah negara Malaysia daripada sebarang bala bencana yang berat-berat dek kerana kejadian tuduh-menuduh ini ya Allah.

Semoga kita semua dapat hidup aman damai macam sebelum ni ya. Cukup-cukuplah nak menuduh sana sini, kau mungkin dapat nama dan rasa hormat daripada penduduk bumi bila kebenaran terbongkar, tapi ingatlah yang rasa hormat daripada penduduk langit lebih penting. Semoga dia dan kita semua sentiasa berada dalam doa para penduduk langit hendaknya, insyaAllah.

# DSAI stands for Datuk Seri Anwar Ibrahim ya :)



Okthanksbye.