![]() |
Gambar hiasan yang diambil daripada Yahoo image :) |
Hari ni aku tertarik untuk bercakap mengenai rokok. Ya, rokok yang selalu kita nampak orang isap di merata-rata tempat tu. Yang asapnya berwarna putih tu. Yang baunya sangat tak menyenangkan tu. Yang bila dihembus di tempat-tempat awam akan buat udara tercemar tu. Yang membuatkan bibir si perokok jadi gelap tu. Ya, yang itulah. Yang banyak dijual di kedai-kedai runcit tu.
Jadi setiap kali aku nampak orang merokok dan asapnya dihembuskan ke arah aku yang mana asap itu berjaya buat aku pening tu, hati kecil ini terasa seperti mahu baling kasut sahaja kepada si perokok tu. Kalau kau nak merokok tu aku tak kisah lah brah, tapi agak-agaklah nak menghembus depan muka orang kan. Ciss. Aku selalu terkena macam ni bila makan di mana-mana restoran standard. Yang mewah mewah orang tak merokok di dalamnya ya, harap maklum.
Sebelum apa-apa ingin aku jelaskan di sini bahawa aku tidak benci kepada perokok sebab kalau aku benci kepada perokok bermakna aku juga benci kepada abang-abang aku dan pak su aku dan kawan-kawan aku yang seperti sedia maklum ramai yang merokok. Aku cuma bencikan asap rokok dan rokok itu sendiri. Aku nak minta maaf kalau ada perokok yang membaca entry ini dan berasa sakit hati. Maaf.
Tapi sebenarnya aku tak nak cakap panjang-panjang pun, cuma nak bagitahu aku tak suka rokok. Dan cuma nak ingatkan sekali lagi yang rokok itu membahayakan kesihatan dan mampu merosakkan masa depan dan rokok itu haram di sisi agama Islam !
Katakan Taknak Kepada Rokok !
Okay sebelum aku habis menulis sebab dok ketaq dah ni esok keluar SPM results, aku nak ucap Happy Birthday dekat semua bertrillion liter air yang rakyat dunia gunakan setiap hari. Ya, semperna Hari Air Sedunia.
Selamat Hari Air Sedunia !
Okay, bai.
Selamat mengambil keputusan SPM kepada semua lepasan SPM 2010. Semoga hari esok dapat mengukir senyuman pada wajah kita semua :)