The world is my playground

-



Kenapa ya?

Kenapa orang Malaysia susah sangat nak berbudi bahasa?

Kenapa orang Malaysia susah sangat nak senyum?

Kenapa orang Malaysia suka pentingkan diri?

Kenapa ya? Kenapa? Habaq mai kat chek.

Dan...

Kenapa ya kau tiba-tiba tulis pasal ni, Zaki?

Maka Zaki pun jawab : sebab tadi aku pergi SACC lepas tu customer service and hospitality dia kurang memuaskan. Maka wujudlah persoalan-persoalan di atas dalam benak fikiran aku. Okay, faham?

Malas nak cakap panjang-panjang pasal tu, buat rasa macam nak makan biskut Yummies Corn Roll banyak-banyak sebab geram memikirkan peristiwa yang berlaku. Ciss.

Jadi sebenarnya, aku nak bagitahu satu benda je yakni tadi aku baru je lepas puji diri sendiri depan cermin lepas tu sengih sorang-sorang. Fuhh, betapa comelnya perangai aku. Hahah. Lama tak buat perangai kurang bijak macam tu. Ceh.

Apa? Kenapa? Kau rasa tertipu baca entry aku kali ni? Haha, padan muka. Aku sebenarnya kebosanan lepas gelak terbahak-bahak tengok Raja Lawak Final tadi lepas tu tiba-tiba rasa nak menulis. Jadi, inilah hasilnya setelah geram kumpulan Balas cuma dapat nombor 3. Ciss.

Okay

Terima kasih kerana sudi membuang masa menyakitkan mata membaca blog aku yang tak seberapa ni. Kalau rajin esok aku tulis lagi sebab sebenarnya banyak benda yang bersarang dalam otak aku ni, cuma tak mampu nak rungkaikan satu per satu dan luahkannya dekat sini. Nanti ya, bila dapat ilham nak menulis insyaAllah.


# 4 hari lagi menuju hari mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2010.








"What do I think of Western civilisation? I think it would be a very good idea"
Mahatma Gandhi