Kenapa kecewa? Sebab aku tak dapat apa yang aku target. Results sekadar cukup cukup je. Tapi tak apa, itu semua sudah diaturkan oleh-Nya. Aku cuma perlu senyum dan terima. Yakin bahawa Dia sudah merencana semuanya, tentu ada hikmah disebalik apa yang aku terima. Reda, ini semua atas usaha aku sendiri. Kalau aku usaha lebih, maka dapat lebih. Tapi itu semua kalau. Ya, kalau. Tapi semuanya dah jadi, aku terima dengan rela hati.
Semalam aku macam tak boleh bertoleransi dengan perasaan sendiri. Depan kawan-kawan cover konon-konon okay. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Lebur remuk berkecai berderai hancur macam tu saja. Semua yang aku idamkan, sekarang tinggal kenangan. Balik rumah, aku nak tidur konon nak tenangkan fikiran. Dekat sejam golek-golek atas katil tapi mata tak terlelap. Fikirkan masa depan. Siapa aku 5 tahun akan datang? Seorang akauntan? Juruukur tanah? Pakar pertanian? Atau pensyarah bahasa di mana-mana universiti tanah air?
Aku cuba lari daripada lamunan masa hadapan itu. Cuba untuk menenangkan diri. Sedapkan hati. Lagu yang mampu menaikkan semangat, aku pasang dengan kuat. Ah, hati yang mulanya cedera dengan keputusan yang kurang memberansangkan itu kini pulih, dengan izin Yang Maha Esa. Alhamdulillah. Okay, mari nyanyi sama-sama :
Jadi, seperti yang aku cakap dekat kawan bernama Farah Najwa semalam, secara exclusive aku nak tulis keputusan spm aku dekat blog aku ni. Maka aku nak tunaikan janji. Ini apa yang aku dapat :
Okay taknak cakap banyak pasal results tu. Nampak tak? Dekat atas ni. Aku buat tulisan warna kelabu. Highlightkan kalau nak lebih terang kemudian kau tengok, kau nilai sendiri betapa tak pandainya aku. Hakikatnya aku cumalah budak tak pandai yang bajet hebat masuk kelas Science maka jadilah macam tu.3A SAHAJA! -.-
![]() |
Farah Huda, 9A SPM 2010 [SMK SSAAS] |
Jadi sebelum aku habis menulis, macam biasa aku nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang dapat keputusan cemerlang. Anda berhak untuk mendapat keputusan sebegitu. Aiceeh. Kepada Farah Huda, tahniah sebab berjaya keluar front page surat khabar Harian Metro hari ni. Membanggakan sekolah :) Tahniah semuanya. Dan tahniah untuk aku juga atas keputusan itu. Hahah.Kepada yang kurang berjaya macam aku, jangan sedih-sedih. Ingat, Allah dah aturkan semuanya yang terbaik untuk kita. Macam aku cakap dekat entry sebelum-sebelum ni, rencana Allah pasti lebih indah ! Percayalah. Okay? Senyum dan relax. Masa depan anda masih cerah. Teruskan usaha.
# Dari UPSR ke PMR ke SPM sama je jumlah A aku, tiga. Dan untuk PMR dan SPM, mata pelajaran yang dapat A nya pun sama iaitu BM, BI dan Mathematics :)
"Kejayaan semanis madu takkan datang tanpa pengorbanan sepahit hempedu"