Esok, aku akan beli hadiah untuk diri sendiri. Akan aku balut hadiah tu cantik-cantik, supaya diri ni terasa sangat dihargai oleh tuan empunya nama Ahmad Zaki Bin Abu Samah ni. Hadiah untuk apa? Hadiah yang macam mana? Kenapa tiba-tiba je? Tak malu ke? Ciss, kau nak lemparkan rasa benci dan tak suka kenapa bila aku cakap aku nak bagi hadiah dekat diri sendiri? Kalau tak suka, tak payah baca. Sila tinggalkan blog ini sekarang. Ya! Sekarang. Terima kasih.
Jadi ini jawapan bagi soalan-soalan bodoh di atas :
Hadiah untuk apa?
Hadiah sebagai tanda terima kasih dan tahniah dekat diri sendiri atas keputusan yang langsung tak memberansangkan itu. Hadiah ini diharapkan dapat buat aku lebih motivated untuk terus berusaha bila dekat universiti nanti, insyaAllah. Tun Dr Mahathir sebagai role model.
Hadiah yang macam mana?
Hadiah yang berbentuk sebuah buku. Atau lebih tepat, buku biography seorang tokoh terulung negara. Ya, buku setebal lebih 200 muka surat, A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohd. Ya, buku yang baru-baru ini dilancarkan tu. Ya, buku yang boleh didapati di mana-mana cawangan MPH Bookstore tu. Ya, buku yang ada gambar Tun tengah comel duduk tongkat dagu tu. Ya, buku itulah.
Kenapa tiba-tiba?
Tiba-tiba sebab ini salah satu cara untuk menaikkan self-confident aku. Untuk melekakan diri membaca cerita mantan Perdana Menteri kebanggaan negara tu. Untuk melupakan kisah-kisah yang mengecewakan tu. Untuk rasa dihargai oleh diri sendiri. Sebagai swa-akreditasi. Sebagai hadiah untuk diri sendiri. Sebagai mengambil pengajaran daripada apa yang tercatat dalam buku tu. Ya.
Tak malu ke?
Jika ditanya, maka jawapannya ringkas : TAK! Sebab aku tak minta simpati kalian untuk bagi hadiah ni dekat aku. Aku tak mengemis dari meja ke meja meminta-minta. Aku tak pinjam duit kalian untuk beli benda ni. Aku buat ini semua untuk menggembirakan hati. Kot. Jadi, itu hak aku. Kau nak bongkak dengan excellent results kau tu suka hati kau lah. Aku tak boleh nak halang. Sebab dah kau memang cemerlang. Tapi ingat, pelajar cemerlang SPM tak semestinya cemerlang di Universiti juga. Alright?
Okay, jadi itu hadiah yang akan aku belikan untuk diri sendiri. Hadiah apa? Tadi dah sebut, kan? Buku A Doctor In The House : Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohd. Haih benarlah kata Dr M, Melayu mudah lupa. Ciss. Kenapa? Tak pernah dengar? Sah tak baca surat khabar mahupun tak tengok berita dekat teylebesen [TV]. Pergi MPH sekarang dan beli buku tu! InsyaAllah berbaloi walaupun mahal sikit.
Jadi sebelum aku tidur, ingin aku ucapkan berbanyak terima kasih buat mama dan ayah yang sentiasa bagi moral support walaupun results aku teruk. Nenek, pak cik, mak cik yang dengan nada menaikkan semangat telah mengungkapkan kata tahniah buat diri aku ni melalui panggilan telefon walaupun aku tak layak untuk menerimanya. Terima kasih untuk segala sokongan, dorangan dan kata-kata penyuntik semangat yang diberikan ! Zaki hargai semuanya. *Terharu.
Sekalung apresiasi juga dititipkan kepada para guru yang mengajar aku sepanjang aku berada di sekolah menengah, khususnya cikgu-cikgu yang mengajar aku masa aku Form 4 & Form 5. Penghargaan kepada kawan-kawan sekeliling yang sedia berkongsi ilmu. Terima kasih banyak ! Tak lupa juga kawan-kawan yang mengejek, mencaci, memandang rendah, membenci dan berhasad dengki terhadap diri aku ni, terima kasih. Segalanya aku anggap sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan akhirnya dapat results yang tak seberapa ni. Tapi, Alhamdulillah.
TERIMA KASIH BANYAK !
"Whenever you are confronted with an opponent, conquer him with love"
Mahatma Gandhi