Okay kawan-kawan atau pun calon-calon atau pun para pelajar lepasan SPM dari seantero negara, mari kita mula mengira. Nak? Tak nak? Kalau tak nak tak apa, biar aku saje yang syok sendiri menghitung hari. Nak kira apa? Tanya lagi. Tak tahu ke 23 Mac 2011 ni hari untuk apa?
Ya !
Hari untuk menyambut birthday abang saya yang ke-27 tahun. Tepat sekali ! Tapi bukan itu yang mahu saya tekankan di sini. Yang ingin saya cakapkan adalah mengenai hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] 2010 yang akan diumumkan pada tarikh yang telah pun saya sebutkan tadi. Faham?
Dah faham tu janganlah jadi macam budak-budak pra-sekolah yang jenis dapat pensel sebatang dengan kertas sehelai, melangut je dia tak tahu nak buat apa. Tolonglah bagi reaksi yang boleh dibanggakan sikit. Suka ke nervous ke happy ke sedih ke dan tolonglah jangan cakap kau tak ada rasa apa-apa. Kalau macam tu ke Hospital Tanjung Rambutan ah jawabnya. Haih.
Jadi, sudahkah anda bersedia? [soalan lazim yang sering ditanyakan]
![]() |
Nik Nur Madihah ; 20A1, 1A2 [spm 2009] |
Berbalik kepada cerita kita tadi, 23 Mac 2011. Tinggal lagi enam hari untuk kita merasa situasi seperti gambar di atas. Tak ke rasa macam nak terkentut tu? Bagi aku, aku buat buat relax jelah. Padahal dalam hati tu gundah tak habis, buat rasa macam nak makan setiap sejam sekali. Tahu?
Alright lah, tulis panjang-panjang nanti orang benci nak baca. Jadi baik aku stop dekat sini dulu. Tapi sebelum tu, nak ingatkan lagi sekali yang 23 Mac tu tinggal lagi enam hari. Ya! Enam hari lagi untuk kita ambil SPM results yang bakal menentukan masa depan kita tu.
Tolonglah bersedia dari segi mental dan fizikal ya kawan-kawan. Mental sebab nak terima apa pun result yang kita dapat dan part fizikal tu, tolonglah jaga pemakaian anda masa nak ambil results nanti. Pastikan menutup aurat dan mengikut hukum syarak ya :) Jangan pakai yang selekeh-selekeh dan jangan pula over ya, biar simple tapi smart. Okay?
# sorry lah saya orang Malaysia memang suka letak -lah dihujung perkataan.
"We learn wisdom from failure much more than success. We often discover what we will do, by finding out what we will not do"
Samuel Smiles