The world is my playground

-



Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa ejaan nama saya yang sebetulnya ialah Ahmad Zaki Bin Abu Samah dan bukannya Ahmad Zakee seperti yang tertera di laman sosial Facebook dan tempat meluah perasaan, blog ini? Nama saya juga bukanlah Abu Zakee seperti yang tertera di Twitter ya. Nama dalam surat beranak mahupun kad pengenalan saya ialah Ahmad Zaki Bin Abu Samah dan ini telah diakui sah dan muktamad. Tiada perancangan untuk naik turun Jabatan Pendaftaran Negara untuk tukar ejaan nama ya. Harap maklum.

Okay sorry. Sebenarnya saya tengah bosan tak tahu nak buat apa. Jadi tiba tiba rasa nak menulis. Tengah tengah menulis ni keluar pula lagu Bila Cinta Didusta dekat radio. Alahaaaiii tiba tiba aku sayu. Dengan cuacanya yang sejuk sebab hujan dari pagi. Dengan dikejutkan oleh berita yang mengatakan negara matahari terbit, Jepun disapa gempa bumi kuat dan dilanda tsunami. Perkara seperti ini cukup untuk buat aku rasa sedih. Saya ni berjiwa halus. Tak boleh tengok orang sengsara ni, rasa macam nak jadi sukarelawan pergi tolong. Aiceeeh konon murni sangat ah kau ni Zaki? Ceh !



Jadi, kesimpulannya saya sebenarnya tak sabar nak timang anak buah. Teetttt out of topic tiba-tiba. Belum apa-apa sudah ke situ hasrat aku. Jadi sebenarnya perkara-perkara yang dinyatakan di atas hanyalah satu helah untuk tidak kelihatan terlalu obvious yang saya ni terlebih excited nak dapat kakak ipar. Tengok, siap letak lagu kat atas ni dah. Haha. Okay tapi itu semua masih dalam perancangan. Kata orang, kalau dah jodoh takkan ke mana kan? Jadi saya setiap kali selesai solat akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang saya dan saya sendiri seisi keluarga. Bukan niat saya untuk menunjuk alim ya, tidak terlintas pun. Maaf kalau ianya menyakitkan hati. Saya tak bermaksud pun! Percayalah :)

Okay, sebelum saya ucapkan selamat tinggal buat masa ni, mari sama-sama doakan rakyat Jepun selamat semuanya ya. Dan doakan juga moga Malaysia dijauhkan daripada bencana dasyat seperti ini agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera serta sihat walafiat. Amin, InsyaAllah. Jadi saya akhiri entry kali ini dengan pantun spontan :



Hoi adik jangan bergaduh,
Nanti abang belikan gula-gula,
Kalau abang saya bertemu jodoh,
SUMPAH SAYA GEMBIRA GILA !



HIHI !

Okay Assalamualaikum, selamat sejahtera semua.





"The destiny of man is in his own soul"
Herodotus