Teruskanlah dengan cubaan kau untuk menginterpretasikan apa yang ilusi
Mentransformasikan apa yang fantasi kepada realiti
Walau tidak akan ada apresiasi yang akan kau terima
Walau balasnya cuma pandangan sinis daripada sang pencinta dunia ;
Si durjana yang suka berdiskriminasi.
Tidak mengapa
Teruskan perjuangan kau untuk menjadi seorang penglipurlara
Teruskan bercerita
Kerana usahamu pasti tidak akan sia-sia !
OKAY
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam ukhwah.
Malam ni tiba tiba angin nak ber-dramatik datang.
Entah kenapa, hati seakan-akan ingin memberontak.
Memberontak mengenai perkara yang aku sendiri tak tahu pokok pangkalnya.
Angin amarah seakan-akan bertiup kencang.
Persis Angin Monsun Barat Laut lajunya.
Syaitan di sekeliling seakan-akan menghasut.
Rasa nak marah membuak-buak.
Marahkan siapa?
Marahkan individu yang mempunyai mentaliti yang mundur.
Marahkan persepsi negatif yang memenuhi segenap ruang.
Marahkan akal manusia sekeliling yang sengaja tak digunakan.
Akal yang dibiarkan sempit begitu sahaja.
Alahai dunia..!
Ya !
Manusia takkan berpuas hati dengan kelebihan yang orang lain ada.
Seolah-olah lemas dalam ruang keegoan yang mereka sendiri cipta.
Ya, manusia punya nafsu yang sukar dikawal.
Sikap materialistik bercampur individualistik menguasai diri.
Tamadun semakin terhakis dari hari ke hari.
Disiplin terus bertebaran di awang-awangan
Alahai manusia..!
*Penat ah macam ni ! Sejak bila aku jadi protege Dato' A Samad Said?
Hahah. Ini untuk anak-anak Pavilion sekarang.
Sedarlah diri sebelum terlambat.
Heish. Aku bosan sebenarnya. Jadi aku pun taip lah apa apa yang terlintas dekat dalam otak ni.
Sorrylah kalau ianya sangat memualkan. Aku baca sendiri pun geleman juga. Hahah
Tapi..
Kalau anda suka mana mana ayat di atas, ambillah jangan malu-malu.
Nak masukkan dalam karangan dekat sekolah ke. TEEHEE
Tapi tolong lah tulis hak cipta terpelihara Ahmad Zaki Bin Abu Samah ya.
Kerjasama anda amat saya hargai :)
Sekian.
"Life is either a daring adventure or nothing"
Helen Keller
Helen Keller