Maher Zain - InshaAllah [Malay Version]
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapan aku semoga kalian berada dalam keadaan sihat sentiasa dan yang paling penting, semoga kalian dan kita semua berada dalam doa para penduduk langit hendaknya. InsyaAllah.
Hari ni, aku mulakan entry dengan lagu nasyid. Haa, sebelum ni dah nasyid ini nasyid lagi. Bukan apa, ini lagu baharu daripada penyanyi dari Lubnan, Maher Zain. Nak kata baharu tak sangatlah. Cuma lagu ni sebelum ni dalam Bahasa Inggeris, dan kini di-translate-kan ke Bahasa Melayu. Mesti ramai yang dah selalu dengar lagu asalnya kan? Ini lagu versi Melayu, aku baru tahu dah keluar versi Melayu punya setelah kawan yang semakin annoying sejak akhir akhir ni - Nor Munira Mohamed [sorry] share dekat Facebook. Ye, terima kasih banyak sebab perkenalkan lagu ini kepada umum di laman sosial itu.
Okay
Malas nak bercerita panjang. Kau dengar. Kau hayati. Kau nilai. Okay?
Apaapapun, lagu ni best. Maher Zain terbaik lah wa cakap lu. Haha
Kepada sesiapa yang pergi konsert Maher Zain nanti, berseronoklah ya.
Okay, setakat ni dulu. Jaga diri baik baik ya awak semua :)
"Masa kamu dilahirkan, kamu menangis dan semua orang tersenyum. Maka, jalanilah kehidupanmu sehingga nanti apabila kamu mati, kamu tersenyum dan semua orang menangis."