The world is my playground

-



Rencana Allah pasti lebih indah, insyaAllah !

Kadang-kadang kita marah bila kita tak dapat apa yang kita nak. Kita naik angin bila apa yang kita ada, tiba-tiba hilang atau lesap macam tu je. Kita jadi tak keruan bila kita kehilangan sesuatu. Bila kita kena buat sesuatu perkara sebab terpaksa atau dipaksa, kita mula nak marah atau moody. Dan bila kita berhadapan dengan sesuatu abar yang dianggap rencah kehidupan, kita mula hilang semangat atau putus asa.

Kenapa ya?

Mungkinkah kerana benteng keimanan kita cuba digoyahkan oleh syaitan laknatullah?

Mungkinkah kerana nafsu kita sebagai manusia telah meranapkan kubu pertahanan diri daripada api neraka?

Atau mungkinkah kerana kita mudah terpengaruh dan dipengaruh?

Barangkali?

Apa-apa pun, relaxlah. Take it easy kata mat salleh.

Atau, anak-anak kota metropolitan kata "Der, kau buat lek je."

Atau, aku kata "sabar je. Ingat Allah" *tiba-tiba alim.

Okay, relaxlah-take it easy-buat lek je-ingat Allah lah ya sebab rencana Allah pasti lebih indah, InsyaAllah ! :)




"In the hopes of reaching the moon men fail to see the flowers that blossom at their feet"
Albert Schweitzer