The world is my playground

-



Saat-saat yang membosankan..

Hari ni, masuk hari ke-31 dalam bulan Januari tahun 2011. Macam sebelum ni juga, aku masih bergelar seorang penganggur. Atau lebih sopan, seorang remaja lepasan SPM [2010] yang tak bekerja. Cepatnya masa berlalu ! - Jam terus berdetik. Saat demi saat berlalu. Tidak satu pun aku hargai. Kata orang, setiap saat yang berlalu takkan kembali. Benar, tapi aku bagaikan anak kecil yang tak mengerti apaapa. Terus termangu di hadapan komputer riba [laptop] seperti kebiasaan. Rutin harian kata orang. Biasalah.

Hari ini agak unik. Kenapa? Sebab hari ini embun jernih tidak henti henti membasahi Bumi Allah ini. Dari jam 2 pagi Ahad hingga jam 9 malam. Hujan renyai-renyai. Sejuk. Nyaman. Aku suka. Mama kata kalau hari macam ni dekat US maknanya snow nak turun. Waktu macam ni tak ramai orang nak keluar bersiar-siar sebab malas. Yelah, snow, mestilah sejuk dan penyebab malas kan. Sama macam aku, malas seperti kebiasaannya. Entah kenapa.

Haih..

Saban hari, kawan asyik tanya : Zaki, taknak kerja ke? Zaki, bila nak ambil lesen kereta? Zaki, tak bosan ke duduk rumah? Haih, aku jawab dengan jawapan yang sama aku berikan kepada individu yang bertanyakan soalan yang serupa kepada aku. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Cuma berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki aku nak kerja, aku kerja. Kalau ada rezeki aku nak cepat dapat lesen kereta, aku terima. Yelah, kata orang, manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukannya. Betullah tu. Tak habis habis dengan kata orang. Bila nak kata aku? Nanti nantilah.

Peh..

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.14 am. Awal pagi 31 Januari 2011. Sengaja aku biarkan radio terus memainkan lagu lagu yang mungkin boleh menjadi santapan halwa telinga tatkala malam beransur siang menjelma ni. Malam malam dingin macam ni, kalau dengar lagu nasyid mesti best kan? Kebetulan, radio memainkan lagu Allah Cinta nyanyian penyanyi seberang, Opick. Lagu ni buat aku terbuai-buai. Hampir menitiskan air mata syahdu. Aicehh, berdrama sekejap. Entah bila benih keinsafan itu bertunas. Aku pun tak tahu. Tiba tiba. Secara tak sengaja. Maaf. Aku akhiri coretan ini dengan lagu yang penuh erti ini ya :





Allah Cinta - Opick


Hayatilah lagu ni ya. Semoga kita semua dapat menyemai benih keharmonian itu dalam diri masing masing. InsyaAllah.

Sehingga kita berjumpa lagi. Sampai di sini sahaja dulu. Assalamualaikum. Semoga Allah merahmati anda yang membaca dan kita semua !




"Seek the lofty by reading, hearing and seeing great work at some moment every day"
Thornton Wilder