The world is my playground

-



Coretan si anak bujang?

Segalanya hadir, pada tempatnya.

Segalanya berlaku, pada waktunya.

*sebelum apaapa, ingin aku ingatkan bahawa ini hanyalah coretan kosong. Coretan seorang remaja lepasan spm. Okay?

Dari hari ke hari ke hari. Setiap hari aku cakap dekat diri aku, 'esok aku nak pergi cari kerja'. Dari hari pertama dalam tahun 2011 masihi ni. Hinggalah sekarang, hari ke-20 dalam tahun 2011 masihi, aku masih tak berkerja.

Kawan-kawan ada yang kerja, ada yang masuk PLKN, ada yang menghilang tah ke mana, ada yang anak orang kaya tu dah masuk dah college swasta-sambung belajar. Macam macam lah kan lepas spm ni.

Tapi aku, terlepas daripada buruan PLKN dan terus lesap dari pandangan kawan kawan. Aku hidup dalam dunia aku je. Tapi bak kata Ana Raffali dalam lirik lagu dia, biar lenyap diserap sunyi, biar senyap yang tak menyepi lah kan.

Tapi aku tak kata aku tak contact langsung kawan kawan aku. Cuma aku hilang dari pandangan diorang. Faham maksud aku kan? Facebook tetap Facebook [out of topic sekejap]. Carilah aku di Facebook : zaki_kaki14@yahoo.com


***

Okay

Sekarang jam di laptop menunjukkan pukul 2.30 pagi. Dan aku masih lagi di sini, di hadapan laptop. Jari jemari masih lagi menari-nari di atas keyboard ini. Terasa macam nak menulis sesuatu, tapi tah apa yang ingin aku coretkan.

Dalam kesamaran cahaya lampu meja [table lamp] aku cuba untuk berfikir. Berfikir bagaikan seorang ahli falsafah lah kononnya.

Macam-macam benda singgah di benak fikiran aku sekarang. Ada yang baik ada yang buruk. Positive-negative-pandai-bodoh.

MACAM-MACAM ! PELBAGAI !

Peh.

Dalam hidup ni, semuanya serba tak kena.

Sesetengahnya pergi tanpa rela. Sesetengahnya datang tanpa diduga.

Alahai dunia.

So,

Macam mana pula dengan hidup kau si pembaca coretan aku ni?

Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diatur.

Allah sentiasa bersama kita. Okay?

Selamat malam.



"Men's best successes come after their disappointments"
Henry Ward Beecher