aku bangun pagi :) lepas sembahyang subuh. tak boleh tidur balik. aku pun pegi laa mandi. lepas mandi tak tau nak buat apa. nak buat homework tapi tangan aku semacam berat untuk memegang pen untuk menulis -.- jadi aku pun siap laaa pakai baju yang baru dibeli semalam :) dengan seluar fav aku. haha perlu ke aku mention semua tu? :/ then aku cakap kat mama "zaki nak pegi jogging sekejap". lepas tu mama cakap pegi laaa. bawak motor elok elok :)
aku pun keluarlah dengan senang hatinya. bawak motor [skuter] pegi tasik shah alam. masa otw nak pegi tu. dekat jalan raya tak banyak kereta. best je menyusur jalan tanpa halangan. haha sebab hari ahad. orang cuti - pagi pagi tidur lagi kot macam kakak adik abang and ayah aku :) aku pun merayap laa sorang sorang dengan skuter kesayangan. haha. then dalam pukul 8.13 macam tu aku sampai tasik. aku sampai sampai tasik dah ramai orang tengah lari lari. macam main kejar kejar pulaak :D nenek,mak,ayah,cucu semua peringkat umur ada ah. haha
aku pun letak motor kat tempat yang tak sepatutnya. lepas tu join dorang lari. haha. pusing tasik. tapi aku tak jogging aku jalan je :) jalan punya jalan terserempak dengan Faris and adik dia. rajin jugaak dorang pegi mengeluarkan peluh pagi pagi ahad ni. aku ingatkan dia dengan adik dia berdua je. rupanya heh dengan mak and adik kecik dia sekali ada. haha okay cukup disitu.
aku pun teruskan perjalanan. dah pusing satu tasik. cukup! aku tercungap cungap. haha lepas tu aku benti. then balik ah nak buat apa lagi. dah habis berjalan
* * *
jadi bila dah sampai rumah aku teguk air kosong segelas. lega tekak :)
lepas tu aku pun on laptop and jalankan hidup aku seperti biasa. tihii. online myspace and facebook laa apa lagi :) sambil tu dengar lagu Cun Saja - Sleeq. best lagu ni. aha
bila bosan kat ms dengan fb tu,aku buka lah blog kawan kawan. and tertarik dengan blog sorang ni. ada sajak. tajuk dia Mendaki Tanpa Tali. dia buat sendiri sajak tu katanya. ni blog dia : nur-eyeofmind.blogspot.com. dia ni dulu kawan tuisyen aku masa form2 :) dia pandai yes aku akui itu. haha. nama dia Hafizah. okay itu sikit cerita pasal dia. nah ini sajak yang dia cipta. best wuuh. aku terkedu sekejap baca sajak dia. sebab aku pun suka buat sajak :D tapi sajak yang dia buat ni lain daripada yang lain. nah untuk bacaan korang :
Mendaki Tanpa Tali
Perjalanan ini penuh pancaroba,
Meredahnya tanpa cahaya ibarat si buta yang berjalan tanpa tongkatnya,
Ada masa, ada ketika,
Aku jatuh terduduk, kerana cahaya yang menyuluh perjalanan ini tak juga aku temui,
Walau kaki dah menjejak seribu langkah ke hadapan,
Aku masih dilanda kebuntuan.
Namun, demi perjuangan suci!
Pasti akan ku cantas kebuntuan ini,
Ya Allah, Ya Tuhan,
Aku butuhkan teman,
Teman penunjuk jalan,
Teman pembakar semangat perjuangan,
Menuju gerbang impian,
Gerbang syurgaMu, Ya Tuhan.
Bila tiba suatu masa,
Biar sehebat manapun ribut yang melanda,
Pasti akan ku redah jua,
Mendaki ke puncak destinasi,
Bernama, "Redha Illahi".
Namun tak mungkin,
Puncak itu dapatku daki tanpa tali,
Tali ukhuwah yang sejati.
Wahai teman,
Jika kau baca coretanku ini,
Terima kasih, menjadi sumber inspirasi.
Sekian.
Hasil nukilan,
Nurhafizah Ibrahim