first time menulis di sini. haha
hari ni hari Jumaat. penat sangat tadi. balik rumah tergesa-gesa mandi then siap pegi sembahyang Jumaat macam biasalah sebab kalau sampai lambat nanti tempat penuh then terpaksa ah sembahyang tengah panas. tak sanggup aku. yang aku nak cerita bukan itu,tapi nak cerita pasal imam tu menyakitkan hati. dah tahu hari panas and ramai orang sembahyang tengah panas terik tu. boleh pulak dia baca surah lambat lambat. heeeyyyy apa salah kau percepatkan bacaan kau tu? orang tengah bergelut menahan panas matahari. berpeluh peluh kat belakang tu. imam sedap sedap baca dengan penuh khusyuk. tahu laa tempat imam kat dalam. ada air cond. tempat nak sujud tu comfortable. tapi tolong ah fikir jemaah belakang ni. hish. sakit hati je. sebab fikirkan kau imam,aku hormat laaaah [padahal aku tak thu pon sape yang imamkan sembahyang tadi] haha. tapi kalau kau tu adik ipar aku ke kan,balik rumah tu aku sekeh kepala kau puas puas. haha geram gilaaaa laa weyyy. aish. aku tak rasa aku khusyuk sembahyang tadi. dengan tempat sempit. kipas tak bukak punya kedekutnya. lepas tu eeiih berpeluh-peluh aku sembahyang. rasa macam nak berhenti je sembahyang. serious tak tahan panas dia tak terkata ah. lepas je bagi salam,aku terus bangun pakai slipper then blah. disebabkan dah 'dijemur' lebih setengah jam di bawah sinaran matahari [chhheehh] haha,slipper aku tu jadi panas macam baru lepas kena bakar. hadoiyy ujian Allah turunkan kat aku hari Jumaat. tak apa aku reda ! :D
* * *
lepas sembahyang Jumaat,balik rumah laaa buat apa lagii -.- balik balik aku tukar baju lepas tu sejukkan badan then terus tertidur :D niat di hati nak makan dulu and lepas tu nak pegi library buat homework. tengok tengok tertidur :) tidur nyenyak je,tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi guruh yang teramat kuat. waduuuh terjaga terus! aku takut gilaaa wey setiap kali bunyi guruh datang menyapa. aku jadi tidak keruan. takutnya bukan kepalang! hahahah. bengong. aku tak tau nak buat apa tadi. hujan lebat sangat. tapi tak lama - sekejap je [dalam 13 minit macam tu]. aku suka hujan sebab hujan menyejukkan bumi Malaysia ni. tapi aku takut kilat petir semua tu -.-
sekian :)

bila malam,macam biasalah pukul 8.15 je aku terpacak depan tv tengok Bulletin Utama :) tengok punya tengok punya tengok. keluar cerita perasmian UiTM kampus Puncak Alam. tempat mak aku kerja :) then dia tunjuk lah PM datang semua tu. tiba-tibakan,aku ternampak sorang yang aku kenal sejak aku lahir,mak aku laaah. haha tah tengah buat apa. sambil pegang walkie-talkie betul betul atas red carpet tu. sambil tu PM tengah jalan. akakaka terkejut sekejap aku tengok. tapi memang sudah dijangka pon,mak aku antara orang yang plan event [perasmian] tu. uh event manager katakan haha. okay.
sekian :)