Perempuan tak reti masak?
Ya, itu hakikat yang terpaksa kau terima. Aku tak tuduh melulu, aku tak tuding jari sesuka hati, tapi inilah realiti. Kajian yang aku lakukan konon-macam-profesor mendapati ramai perempuan tak reti masak. Ya! Kau yang membaca ni seorang perempuan? Okay, kau reti masak tak? Maka apabila soalan ini diajukan, rata-ratanya dengan penuh bangga bagi jawapan : masak maggi retilah. Masak juga tu kan? Alahai kak, setakat maggi tu tak payah nak kecoh lah kak.
Jadi bila aku buat entry macam ni, kalau pula kau yang membaca ni perempuan, mesti kau naik angin tak tentu pasal kan? Mesti kau rasa macam nak maki aku dekat blog kau kan? Mesti kau rasa macam nak sepak aku 16 kali kan? Ah, itu semua disebabkan penyakit bulan. Mood perempuan sememangnya tak tentu hala. Sebab si bulan tu lah. Tak faham apa itu penyakit bulan? Tak apa, sila abaikan.
Fenomena perempuan tak reti masak ini bagaikan suatu diskriminasi jantina apabila perempuan juga turut melabel lelaki yang tak suka akan sukan bola sepak sebagai lembik-lembut-tak bersifat lelaki sejati-tak macho. Ya, marah. Apabila kita label awak perempuan tak reti masak sebagai perempuan tak asli. Marah? Relax, sebab chef terkemuka dekat dalam mahupun luar negara pun terdiri daripada kaum Adam. Relax, aku faham perasaan kau sebagai perempuan yang tak reti masak.
Relax, kau tak hina mana pun kalau kau tak reti masak. Cuma kau mungkin akan dipandang serong oleh kawan-kawan dekat ofis nanti bila kau dah bekerjaya hanya kerana kau tak reti masak.
Relax, kau tak rugi apa pun kalau kau tak reti masak. Cuma kau mungkin akan ditertawakan oleh keluarga mentua bila kau dah mendirikan rumah tangga nanti hanya kerana kau tak reti masak.
Relax, kau tak buat salah apa pun kalau kau tak reti masak. Cuma kau mungkin akan ditegur suami bila kau dah kawin nanti hanya kerana kau tak reti masak.
Relax, kau tak payah nak belajar masak dan tak payah nak buat muka tak senonoh kalau mak kau panggil suruh belajar masak tapi kau tak nak, sebab masa banyak lagi untuk kau timba ilmu itu.
Bagi aku, hal masak ni tak penting pun sebenarnya, yang penting kau jaga aurat kau sudah. Jangan ikut artis-artis tu yang pakai mini skirt dan mereka bangga tunjuk peha mereka yang sebesar peha harimau tu kepada umum. Jangan ikut juga gaya berkemban mereka tu. Tak senonoh langsung. *Tak pasal pasal keluar topik asal. Bajet Dae'i pula aku. Maaf.
Okaylah. Sebenarnya entry kali ni lebih kepada merapu sebab aku tengah bosan sebenarnya. Maka aku pun pergi masak maggi tadi then masa masak tu teringat nak tulis pasal ni dekat blog. Dan masa entry ini ditulis juga aku sebenarnya masih dalam keadaan trauma sebab masa aku tengah masak maggi tadi ada lipas nak main kejar kejar dengan aku. Ciss. Kau tahu aku benci kau dan keturunan kau sejak aku lahir lagi kan lipas kan. Sampai hati kau kejar aku tadi.
Haiih
Okaylah, terima kasih banyak untuk masa yang dibazirkan untuk membaca entry ni hingga ke penghujung. Sekian.