The world is my playground

-



4 Hari

Tak, bukan. Bukan nak cerita pasal empat hari lagi abang aku nak bertunang tu [9 April 2010]. Kali ni nak cerita pasal empat hari sudah aku demam. Ya, demam. Demam ini sangat luas maksudnya. Aku, kalau demam dia akan datang satu pakej terus : demam-sakit tekak-selsema-lemah badan. Semuanya free of charge. Allah menguji, takkan berhenti. Aku cuma perlu tabahkan hati, untuk terima semua ini. Haa tak pasal dah jadi pantun empat kerat. Ceh.

Jadi sebenarnya ini semua berpunca daripada kakak aku. Kemudiannya berjangkit kepada bibik aku seterusnya adik aku dan disambung pula oleh ayah. Kemudian penyakit ini terus merebak ke aku. Ya! Tragis sungguh, aku jadi mangsa seterusnya. Fuhhh!

Jadi bila demam, aku dapat keistimewaan untuk tidur sehingga 12 jam lamanya tanpa rasa bersalah. Sebab selalunya bila aku jadi badak dalam bilik mama akan kata : "Kau ni cuti dah 4 bulan asyik buang masa dengan tidur je. Pergilah buat something yang berfaedah." Tapi kali ini bila aku demam, mama biar je aku tidur. Seronok tak? Haha

Selain tu, bila demam ni juga, aku rasa macam dua jam sekali nak pergi mandi. Kenapa? Sebab suhu badan panas. Jadi bila mandi, on je shower tu kemudian air akan mengalir dari kepala sampai ke kaki. Dan kepanasan suhu badan akan turut mengalir ikut air tu. Jadi, badan aku pun rasa sejuk. Dan bila mandi juga aku dapat hempus air hidung atas dalam bahasa gelinya kita sebut sebagai hingus dengan kuat dan yakin. Maka hidung akan otometik bersih daripada sebarang bendalir yang berwarna kuning-hijau itu. Tak payah nak sot set sot set kesat guna lengan baju lepas tu. Tak ke seronok dan puas hati tu? Kepuasan hati dia macam kau menjerit ketakutan masa main Bungy Jump dekat Sunway Lagoon. Macam tu lah.




Tapi, sesuatu yang tak seronok lepas mandi adalah, rambut aku secara spontannya akan jadi macam rambut dR Rozmey bila dia basah. Ya, leper di atas, kerinting di hujung. Bayangkan betapa hodohnya rambut aku masa lepas mandi. Tapi jangan terpedaya dengan tipu helah rambut aku ni, sebab kira-kira 15 minit lepas tu rambut ni akan kering dan dia akan jalani hidup dia macam biasa : kembang dan kerinting. Aku suka. Kau tak suka? Ah, itu semua sifat jealous semata-mata. Manusia takkan pernah berpuas hati. Ciss.

Jadi, sebenarnya entry ini bukanlah entry nak minta simpati murahan. Tidak. Cuma nak mengisi masa demam dengan sesuatu yang berfaedah selain terbaring atas katil sambil hisap gula-gula Hacks warna hitam tu. Terima kasih sebab sudi baca benda ni sehingga habis. Jaga diri awak semua baik-baik ya. Sekarang ni banyak penyakit berjangkit yang mudah merebak. Semoga Allah lindungi saya sahaja kita semua daripada sebarang penyakit yang berbahaya. Jaga diri ! Bye.

# Empat hari sahaja lagi untuk aku abang aku punya majlis pertunangan. Ya, dia bakal jadi tunangan orang. Alahai aku pula yang over-excited. Doakan segalanya berjalan dengan lancar dan jodoh mereka tak ke mana ya. Yelah, manusia merancang, Allah jua yang menentukan. Semoga semuanya berlangsung seperti yang diatur. Terima kasih.

Cakap sorang-sorang : Hantaran untuk bakal sister-in-law dah siap. Cantik. Kak, I nak satu boleh? Hihi