Assalamualaikum.Salam Sejahtera.Salam Ukhwah Fillah semua :)

Satu Malaysia tahu, Maher Zain penyanyi kelahiran Lebnon tapi menetap di Sweden ini datang ke negara kita bagi menjayakan konsertnya baru-baru ini, bukan? Jadi, entry kali ni saya nak bercerita mengenai pengalaman saya pergi ke mini konsert [showcase] Maher Zain yang bertempat di MBSA Auditorium, Shah Alam pada tanggal 15 Oktober 2010. Haa, macam mana boleh ingat tarikh dan tempat semua ni? Padahal sudah hampir 5 bulan benda berlalu kan. Alright, bagi menjelaskan keadaan dan bagi mengelakkan saya dituduh menokok tambah cerita atau mereka-reka tarikh semua, ingin saya jelaskan di sini bahawa tiket konsert [showcase] itu masih dalam simpanan saya. Hihi.
Sebenarnya, untuk pengetahuan inilah kali pertama saya pergi ke konsert ! Pengalaman manis kata orang. Dengan harga tiket cuma RM70, tak ada lah mahal mana bagi konsert artis bertaraf antarabangsa, kan? Jadi peluang ini tidak saya sia-sia kan. Minat terhadap penyanyi ini memungkinkan segalanya. Duit bukan lagi penghalang, masa tidak menjadi alasan walaupun masa konsert ini berlangsung, peperiksaan SPM tinggal lagi 6 minggu sahaja. Tapi tak apa, asalkan dapat tengok Maher Zain depan mata, sudahlah :) *Sekalung apresiasi dititipkan kepada kawan, Nor Munira Mohamed sebab tolong dapatkan tiket.
"Dah kau kenapa nak cerita pasal benda ni dekat blog kau, Zaki?"
Okay, sebenarnya saya saje nak berkongsi cerita, menyebarkan gembira. Ceh. Penyanyi bertaraf antarabangsa punya konsert, siapa tak happy? Mungkin kalian akan cakap, "ah tiket paling murah pun nak kecoh." Jadi sebenarnya itu sudah menjadi hak saya untuk kecoh kecoh dekat sini, kalau tak nak teruskan membaca, sila click button X dekat bahagian atas, kanan browser ini. Sebab banyak lagi benda nak diceritakan, yang mungkin buat anda benci tahap khinzir mengamuk.
Sebelum apa-apa, saya ada video untuk tontonan kalian. Nah tengok :
Maher Zain : Save The Soul Showcase
Sudah tengok video di atas? Nampak tak kelibat Maher Zain lintas betul-betul di hadapan saya? Okay, sila jealous sekarang ! Haha
Pada ketika video itu dirakamkan, saya sebenarnya terkedu sebentar. Nampak artis yang sebelum itu hanya dilihat melalui Youtube, tiba-tiba berpeluang menyaksikannya di depan mata. MasyaAllah ! Tak terkata.
Seperti yang dapat anda lihat, Maher Zain berjalan betul-betul dekat dengan saya. Kiranya kalau hulur tangan dekat dia nak berjabat, mesti dapat ! Tapi apakan daya, pada ketika itu, mulut kelu, tangan statik tak berdaya. Ciss peluang keemasan dilepaskan begitu sahaja. Oh ya, untuk makluman semua, video ini dirakamkan ketika Maher Zain tiba di auditorium itu. Tak sia-sia ikut kawan tu dengan cousin dia tunggu di luar auditorium selama hampir satu jam, untuk menyambut ketibaan Maher Zain yang agak kelewatan.
Sebelum Maher Zain sampai, kelihatan vokalist kumpulan Inteam dan penyanyi bertudung litup, Aishah tiba di perkarangan auditorium bagi sama-sama menjayakan showcase ini. Ya, mereka adalah penyanyi undangan showcase yang dihoskan oleh Wardina dan dua orang rakannya.
Teettt !
Alright lah sampai sini dulu. *At the end of the day sebenarnya ini hanya suatu entry untuk menyedapkan hati sebab tak dapat pergi konsert besar Maher Zain baru-baru ni. Err.
Okay. Selamat menyambut bulan March semua. Semoga kita lebih bermotivasi dan berdedikasi dalam bulan baru ni, InsyaAllah.
"Happiness does not consist in pastimes and amusements but in virtuous activities"
Aristotle
Aristotle