Assalamualaikum.selamat sejahtera.salam 1malaysia.salam ukhwah fillah.
Hari ni, aku tertarik untuk berbicara mengenai negara yang sedang bergolak, Mesir. Negara yang mengalami masalah politik yang sudah ke tahap kritikal pada ketika ini. Penunjuk perasaan semakin ghairah meluahkan apa yang bersarang di fikiran mereka - mahukan sebuah negara yang maju membangun seiring dengan kepesatan ekonomi global dan setanding dengan negara dari seantero dunia - mahukan sebuah negara yang mempunyai sifar kemiskinan tegar.
YA !
Sudah namanya pun manusia, sudah tentu inginkan sesuatu yang membangkitkan semangat kita untuk menjalani kehidupan harian. Siapa yang tak rasa beban bila negara tak maju maju dan penduduk miskin merata-rata? Mungkin sebab benda ni tak kena dekat kita, maka mungkin kita akan cakap "kenapa lepas 30 tahun baru nak memberontak? Kenapa tak 20 tahun dulu diorang buat macam ni?"
YA !
Ada rasionalnya tindakan mereka. Biarkan mereka mempertahankan hak mereka setelah berdekad-dekad lamanya mereka menanggung beban. Kita tak boleh nak campur tangan, nanti gaduh lagi susah. Apaapa pun, aku tak boleh nak cakap panjang lebar, sebab aku bukan penganalisis politik nak ulas banyak banyak. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Aku tak mahu benda tu jadi dekat aku.
YA !
Aku cuma budak lepasan sekolah menengah. Tak berfikiran seorang tokoh politik. Ini cuma pandangan aku, pandang budak sekolah yang masih mentah.
OKAY !
Sekarang, di laman sosial Facebook, ada satu group yang aku like ni cakap, Presiden Mesir, Hosni Mubarak dah letak jawatan. Setelah lebih 30 tahun menggalas tugas sebagai seorang ketua negara. Orang kata, Hosni seorang pemimpin yang zalim - pro Israel. Benar? Entah, hanya Allah yang tahu kesahihan ini.
ALHAMDULILLAH !
Jika benar perkara ini [Hosni letak jawatan] sahih, diperoleh dari sumber yang autentik maka berbaloi lah apa yang orang Mesir lakukan. Voice your choice. Darah muda gegar Mesir. Semoga pemimpin akan datang berjaya melonjakkan nama Mesir ke persada dunia. Semoga pemimpin akan datang bersifat adil dan berjaya menjadikan Mesir sebuah negara yang disegani ramai suatu ketika nanti.
InsyaALLAH !
Sesungguhnya orang yang teraniaya, doakan akan dimakbulkan oleh Allah. Semoga rakyat Mesir terus kental menempuh hari hari mendatang. Rakyat dunia akan sentiasa menyokong tindakan yang benar.
YA !
Allah bersamamu, Mesir
Doa memohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan :
"Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini."
-Surah al-Kahfi, ayat 10